[VIRAL] Video 'Rumah Tangga Aku Dah Musnah' Tersebar. Apa Yang Sebenarnya Berlaku?
Kes curang sememangnya sesuatu yang serius dalam hidup berumah tangga.
Sebuah video berjudul 'Rumah Tangga Aku Dah Musnah' menjadi viral di laman sosial, memaparkan seorang isteri yang melepaskan amuk kepada orang gajinya yang didakwa mempunyai hubungan sulit bersama suaminya
Si isteri yang bertudung merah jambu mengamuk dan menjerit di tempat awam, malah turut menggunakan kekerasan terhadap orang gajinya itu yang mengenakan tudung coklat
Kemudian, wanita bertudung coklat tersebut cuba mempertahankan dirinya dengan berkata, "Sumpah demi Allah kak saya tak buat apa-apa" namun dibalas dengan satu penampar di muka
Hasil carian kami di SAYS, kami gagal menemui punca atau sebab sebenar kejadian tersebut berlaku serta tidak dapat mengenal pasti identiti kedua-dua wanita berkenaan. Apa pula komen netizen?
Apa-apa pun, isu sebegini perlu dipandang dari pelbagai sudut bagi mendapatkan penjelasan yang terperinci. Oleh itu, kita tidak berhak menuding jari kepada mana-mana pihak tanpa mengetahui punca sebenar kejadian.
Dalam pada itu, ada juga yang menyamakan kes ini dengan satu kes di Singapura tahun lalu di mana seorang suami bersama pasangan mudanya diserang oleh isterinya di dalam bas kerana "kantoi" mempunyai skandal. Masih ingat lagi?
Video berkenaan turut menjadi viral dalam sekelip mata di mana akhirnya, ia dibongkarkan hanya sebagai sebuah video gimik, yang dilakukan sempena April Fools bagi memperdayakan orang ramai
Persoalannya, adakah video yang tersebar kali ini juga hanya sekadar gimik yang sengaja diada-adakan?