[VIRAL] Wajarkah Bendera Israel Dibakar, Dipijak Dan Dijadikan Alas Kaki?
Macam-macam cara digunakan orang ramai dalam mengekspresikan rasa tidak puas hati mereka terhadap kekejaman tentera Zionis di Gaza.
[TERKINI] Majlis Pasangan Pengantin Malaysia Muncul Dalam Blog Israel
Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.
sinarharian.com.myBerita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day ".
sinarharian.com.myPada 2 Ogos 2014, Sepasang Pengantin Mengabadikan Kenangan Majlis Perkahwinan Mereka Dengan Memijak Dan Membakar Bendera Israel Sebagai Tanda Protes Kekejaman Rejim Itu Terhadap Rakyat Palestin
Sepasang pengantin mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin.
sinarharian.com.myNorfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya berkerjaya sebagai arkitek, bertindak melakukan perkara itu kerana amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.
astroawani.com"Kami Hanya Mampu Menunjukkan Bantahan Sebegini Terhadap Kekejaman Rejim Zionis Ke Atas Rakyat Palestin," Kata Pengantin Lelaki Dan Juga Pereka Grafik, Mohd Hilmi Muslim, 27
Mohd Hilmi berkata, sebagai seorang Islam, secara keras membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
sinarharian.com.my“Alhamdulillah saya rasa amat bersyukur majlis berjalan lancar dan bagi melahirkan kekesalan dan kesedihan serangan Israel ke atas Gaza dan sememangnya kita sebagai umat Islam kami sangat membantah dan mengeji tindakan Israel itu," ujar pengantin lelaki Mohd Hilmi Muslim.
astroawani.comManakala Pengantin Perempuan Berpendapat Biarpun Sekadar Tanda Protes Memijak Bendera Israel, Namun Selayaknya Israel Mendapat Penghinaan Sebegitu
“Memang selayaknya diperlukan begitu dan selayaknya mereka dihina. Tidak sepatutnya sebagai sebuah negara yang besar sanggup menzalimi mereka yang ternyata tidak bersalah dan kami bersama mereka walaupun sekadar memijak bendera," tambah pengantin perempuan, Norfadhilah Badroldin.
sinarharian.com.myKejadian Ini Berlaku Di Kampung Umbai, Merlimau Di Melaka Dengan Pasangan Pengantin Mengenakan Pakaian Serba Hijau Sebagai Tanda Menyokong Rakyat Palestin
Seperti pasangan pengantin lain, mereka diarak ke rumah pengantin perempuan untuk ke pelaminan. Bezanya, pasangan ini bertindak memijak dan membakar bendera Israel sebelum menaiki pelamin.
mylaunchpad.com.myMenurut Sumber, Bendera Israel Dijadikan Hamparan Untuk Dipijak Hampir 3,000 Tetamu Yang Datang Memeriahkan Majlis Di Jalan Masuk Ke Kediaman Itu
Tindakan Ini Bagaimanapun Diselar Oleh Segelintir Netizen Di Laman Sosial Dan Dianggap Sebagai Tidak Matang, Serta Mempamerkan Mentaliti Rakyat Malaysia Yang Rendah
Aktivis Sosial, Datin Paduka Marina Tun Dr. Mahathir Juga Merasakan Perkara Tersebut Tidak Sepatutnya Berlaku Terutama Dalam Majlis Seumpama Itu
"Pernikahan merupakan satu acara yang baik, tidak patut dikaitkan dengan keganasan dan sebagainya, kita harus asingkan benda ini. Mereka sepatutnya berdoa untuk keselamatan semua orang yang menghadapi masalah ini," katanya.
themalaysianinsider.comMarina turut menggesa pengguna media sosial memahami sesuatu isu dengan mendalam sebelum melontarkan komen dan pandangan mereka yang mungkin menyakiti atau mengguris emosi orang lain.
mstar.com.myBukan Itu Sahaja. Terdapat Sebuah Lagi Majlis Perkahwinan Di Kedah Yang Turut Menjadikan Bendera Israel Sebagai Hamparan Di Pintu Masuk Majlis Berkenaan. LIHAT VIDEO DI SINI:
Mungkin terlalu marah dan geram terhadap kekejaman rejim Zionis Israel yang menzalimi saudara seagama kita di Gaza, bendera negara haram itu menjadi bahan untuk dipijak para tetamu yang hadir di sebuah majlis kenduri kahwin di Sidam, Kedah.
kedahnews.comSebuah klip video berdurasi 33 saat yang dimuat turun oleh pengguna laman Youtube, Jalil Backer, itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa marahnya tuan rumah majlis berkenaan terhadap apa yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel itu di sana.
kedahnews.comKejadian Yang Lebih Kurang Sama Turut Ditemui Di Lokasi Berlainan Sekitar Malaysia. Mungkinkah Perbuatan Menjadikan Bendera Israel Sebagai Hamparan Ini Merupakan Satu Trend Masa Kini?
A news daily also reported on Friday that a Muslim congregation stepped on an Israeli flag after Friday prayers at Masjid Sembilang, Seberang Jaya Pulau Pinang as a sign of protest against the Zionist regime.
thestar.com.myA photo depicting an Israeli flag laid at the entrance believed to be placed on the ground at the main entrance of Sungai Petani bus terminal has also gone viral on Facebook.
thestar.com.my