[VIRAL] Wanita Pakai Baju Tulisan Al-Quran. Apa Tindakan Yang Sewajarnya?
Gambar wanita memakai baju kaftan penuh dengan tulisan Al-Quran yang dipercayai surah Al-Fatihah didapati tersebar di laman sosial sejak Sabtu, 19 Julai 2014.
Media Sosial Kecoh Dengan Penyebaran Gambar Seorang Wanita Memakai Baju Penuh Dengan Tulisan Al-Quran Sejak 19 Julai Lalu. Gambar Itu Dikatakan Diambil Di Sebuah Pasaraya Di Ampang.
Gambar seorang wanita memakai pakaian tertera ayat suci al-Quran yang tersebar di media sosial sejak petang Sabtu mencetuskan kemarahan netizen atau pengguna Internet.
mstar.com.myMempunyai raut wajah negara Asia Timur, baju kaftan bercorak pelangi yang dipakainya itu seperti dicetak dengan ayat-ayat dari Surah Al-Fatihah.
themalaysianinsider.comSekeping Lagi Gambar Turut Tersebar Menunjukkan Seorang Lelaki Berjubah Putih Menegur Tindakan Tidak Sensitif Wanita Berkenaan
Ada Yang Mendakwa Wanita Itu Berbangsa Cina Dan Baju Itu Dibelinya Di Sabah Suatu Ketika Dahulu. Betul Atau Salah?
Hakikatnya, Siasatan Awal Pihak Polis Mendapati Wanita Bukan Islam Itu Berasal Dari Korea Dan Fabrik Yang Dipakainya Itu Dibeli Di India, Bukan Seperti Yang Didakwa Orang Ramai
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan membuat siasatan lanjut berhubung kes wanita dipercayai bukan Islam yang memakai baju dicetak ayat Al-Quran.
ismaweb.netSiasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati wanita yang memakai baju bertulisan ayat suci al Quran berasal dari Korea dan bukannya berbangsa Cina seperti yang tersebar luas di laman sosial Facebook.
therakyatpost.comKes itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun jika sabit kesalahan.
utusan.com.myEkoran Kejadian Tersebut, Pihak Polis Kini Menjalankan Siasatan Terhadap Peniaga-Peniaga Yang Menjual Pakaian Bercetak Ayat-Ayat Suci Al-Quran, Dengan Kerjasama KPDNKK
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyiasat peniaga-peniaga yang menjual pakaian bercetak ayat-ayat suci al-Quran.
ismaweb.net“PDRM dengan kerjasama KPDNKK sedang mengenal pasti beberapa peniaga yang menjual pakaian atau baju yang mempunyai tulisan suci al-Quran. Tindakan akan diambil mengikut undang-undang yang ada selepas kita mengenal pasti peniaga yang tidak mematuhi peraturan,” kata Khalid.
ismaweb.netApril Lalu, Kerajaan Dilaporkan Akan Meminda Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Tahun Ini Bagi Mengenakan Hukuman Lebih Keras Terhadap Pihak Yang Menyalahguna Ayat Suci Al-Quran
Putrajaya pada April lalu dilaporkan akan meminda Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 tahun ini bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap pihak yang menyalahguna ayat suci Al-Quran.
themalaysianinsider.comMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan itu mencadangkan agar hukuman asal iaitu denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun dinaikkan kepada denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
themalaysianinsider.com