Wajarkah Kerajaan Dipersalahkan Berhubung Kes Remaja OKU Terbiar Tempoh Hari?
Penemuan remaja OKU dalam keadaan sangat menyedihkan di sebuah flat di Nilai pada 21 Jun lalu telah mengejutkan ramai pihak. Namun, haruskah jari dituding ke arah kerajaan atas insiden ini?
Seperti Sedia Maklum, Penemuan Remaja OKU Dalam Keadaan Menyayat Hati Di Dalam Sebuah Flat Di Nilai Tempoh Hari Menjadi Antara Topik Paling Besar Yang Mendapat Perhatian Dari Media Arus Perdana
Sejak beberapa hari lalu, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai.
mstar.com.myMenurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.
mstar.com.myInsiden Ini Turut Mendapat Perhatian Selebriti Terkemuka, Wardina Safiyyah. Menerusi Laman Instagram, Wardina Menganggap Kes Sebegini Terjadi Atas Sebab Kelemahan Pihak Kerajaan Dalam Memberi Bantuan Yang Mencukupi Kepada Golongan OKU.
Selebriti terkenal, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot menyelar kerajaan kerana gagal memberi bantuan secukupnya kepada ibu bapa yang terpaksa mengurung anak Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang ditemui baru-baru ini.
themalaysianinsider.comMelalui laman Instagramnya, Wardina berkata penemuan remaja lelaki OKU yang dikurung dan diabaikan ibu bapanya berpunca daripada kegagalan mendapatkan bantuan kerajaan ekoran kelemahan polisi dalam memberi peruntukan kepada golongan tersebut.
themalaysianinsider.comKenyataan Wardina Di Atas Bagaimanapun 'Dihadiahkan' Dengan Sepucuk Surat Terbuka Dari Seorang Individu Misteri. Jika Dibacakan Pada Isi Kandungannya, Pendapat Individu Ini Jelas Bercanggah Dengan Wardina.
Seorang peminat misteri yang tidak diketahui identitinya telah menulis satu surat terbuka kepada model dan pelakon terkenal, Wardina Safiyyah berhubung kritikannya terhadap kelalaian pihak kerajaan dalam memberikan bantuan kepada seorang golongan OKU bernama Muhammad Firdaus Dullah.
vvip.mySelain Itu, Wardina Juga Menerima Sebuah Tulisan Daripada MHS, Menyarankan Supaya Mencerminkan Dirinya Dahulu Sebelum Mengeluarkan Komen-Komen Yang Boleh Mengundang Padah
Dalam Pada Itu, Dakwaan Wardina Mengenai Kerajaan Australia Lebih Bagus Daripada Kerajaan Malaysia Turut Mendapat Tentangan Dari Seorang Netizen Di Facebook Bernama Aku Gagak Melalui Komen Di Bawah:
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Kenyataan Wardina Itu Adalah Tidak Berasas
"Kenapa Wardina kata kerajaan yang salah? Kata kami yang mengabaikan. Beritahu Wardina, kerajaan yang jumpa adik Firdaus. Imigresen dan semua yang sedang bantu ketika ini adalah kerajaan," komen Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim bagi membidas kenyataan pelakon Wardina.
malaysiagazette.com"Kenapa tidak ada jiran yang tampil untuk maklum tentang kes adik Firdaus kepada pihak kementerian? Nasib baik Imigresen turun padang dan kerajaan yang jumpa," katanya lagi.
malaysiagazette.comRohani Memberitahu, Kerajaan Telah Lama Menyediakan Bantuan Kepada Ibu Bapa Yang Memiliki Anak OKU Seperti Bantuan RM150 Sebulan Kepada Ibu Tunggal Yang Berpendapatan Di Bawah RM3,000
"Jika anak OKU itu hanya mampu terlantar, ibu bapa layak mendapat bantuan RM300 sebulan. Namun yang penting, kena datang mohon dengan kementerian. Kalau tidak tahu cara nak mohon, letak sahaja di status Facebook, bagaimana nak datang bantuan untuk OKU Mesti ramai yang akan komen dan bantu," katanya.
malaysiagazette.com