Wanita Amerika Dedah Kehidupannya Sebagai Perempuan Simpanan Adik Sultan Brunei
Jillian Lauren, seorang wanita dari Amerika mendakwa pernah menjadi perempuan simpanan kepada adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah.
Seorang wanita Yahudi Amerika, Jillian Lauren telah mendakwa dia pernah diupah untuk menjadi perempuan simpanan Putera Jefri Bolkiah, adik bongsu kepada Sultan Brunei
Ketika itu, umur saya hampir mencecah 18 tahun apabila saya mendapat panggilan untuk mengadakan ujibakat di Hotel Ritz-Carlton, New York sebagai salah seorang pemegang jawatan di sebuah kelab malam di Singapura.
wordpress.comApabila saya mendapat kerja, saya mendapat tahu bahawa tugas itu bukan dijalankan di Singapura. Sebaliknya, ia merupakan satu jemputan khas sebagai tetamu peribadi daripada playboy terkenal Putera Jefri Bolkiah, adik bongsu kepada Sultan Brunei. Pada masa itu, dia adalah antara lelaki paling kaya di dunia.
wordpress.comJillian menceritakan kehidupan sebenar Putera Jefri yang dikatakan suka berparti setiap malam dengan kehadiran hampir 40 wanita cantik dari seluruh dunia
Apabila saya tiba di Brunei, saya mendapati bahawa putera itu sering menganjurkan parti mewah pada setiap malam di dalam istana dengan Picasso penuh di dalam bilik mandi serta permaidani yang ditenun teliti dengan adunan emas sebenar.
yahoo.comSetiap parti akan disertakan dengan minuman (yang tidak sah di khalayak ramai), tarian, karaoke, dan yang paling penting, kira-kira 30 hingga 40 wanita cantik dari seluruh dunia.
yahoo.comWalaupun Jillian kemudiannya hidup dalam dunia glamor dan kaya raya, dia merasakan hidupnya penuh dengan rasa hina dan sama seperti seorang banduan dalam penjara
Saya menghabiskan tahun seterusnya sebagai teman wanita Putera Jefri. Untuk satu masa, ia adalah pengembaraan yang sangat glamor dan menarik.
yahoo.comTetapi, kehidupan saya menjadi semakin sunyi dan melemahkan semangat serta penuh dengan rasa malu. Saya merasakan diri saya seperti seorang banduan, di mana saya tidak mendapat kebebasan untuk datang dan pergi ke sesuatu tempat seperti yang saya mahukan.
wordpress.comPenghinaan terhadap diri saya berterusan apabila saya turut dijadikan sebagai 'hadiah' kepada salah seorang saudara Putera Jefri.
yahoo.com"Sangat sukar bagi saya untuk menemui semula diri saya yang sebenar. Saya menghabiskan masa yang lama untuk berpijak kembali di bumi nyata," kata Jillian
Menjelang akhir masa saya di sana, saya merasakan diri saya 10 tahun lebih tua dan tidak berapa waras. Saya telah mengambil masa yang lama untuk menemui diri saya semula.
yahoo.comAkhirnya saya berjaya juga. Penderitaan saya adalah bersifat dalaman yang perlu ditempuh seorang diri, tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
wordpress.comJillian juga menyifatkan kerabat diraja Brunei sebagai 'istimewa' kerana undang-undang yang diperkenalkan tidak boleh dikenakan ke atas mereka
Undang-undang hudud yang digubal merupakan satu keistimewaan raja dan sultan untuk berbuat jahat.
yahoo.comBagi orang lain yang tinggal di dalam sempadan Brunei, mahupun Islam atau bukan Islam, kebebasan mereka disekat, dan batasan kebebasan mereka kini dikuatkuasakan dengan hukuman yang kejam dan ganas.
wordpress.comJillian Lauren ialah seorang penulis novel 'best-seller' berjudul "Some Girls: My Life in a Harem". Novel itu menceritakan kisah kehidupan Jillian sebagai perempuan simpanan Putera Jefri.
Jillian Lauren, an NYU-dropout from New Jersey, has written a book about her time in the Prince of Brunei's harem.
huffingtonpost.comLauren's memoir "Some Girls: My Life in a Harem" chronicles the year and a half she spent as a sexual partner for Prince Jefri, a man known as the "Playboy Prince."
huffingtonpost.com