Wanita Hamil Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 6 Terminal One
Ibu mengandung sempat mengukir senyuman kepada seorang saksi sebelum bunuh diri.
Seorang Wanita Mengandung Membunuh Diri Dengan Menerjun Dari Tingkat Enam Terminal One, Seremban Pada 24 April 2014
Seorang wanita sedang mengandung maut selepas terjun sambil membawa beg tangannya dari tingkat enam tempat letak kereta Terminal One, Seremban kira-kira jam 4 petang.
hmetro.com.myMangsa dikenali sebagai Loh Kwee Moi, 43, dipercayai mati di tempat kejadian.
hmetro.com.my“Dia Memandang Tepat Ke Arah Saya Lalu Tersenyum Sebelum Dia Bertindak Terjun Dari Atas Bangunan Itu,” Kata Saksi Kejadian, Mohd Sofian Roslan, 22
Saksi kejadian dikenali sebagai Sofian, 22, berkata, dia yang mahu mengambil keretanya di tingkat dua pasar raya itu ternampak wanita terbabit, Loh Kwee Moi mahu terjun daripada tingkat enam berkenaan.
kualalumpurpost.netSofian yang cuba menenangkan mangsa daripada terjun sambil cuba menelefon polis, gagal membuat demikian setelah mangsa terus terjun dari lokasi dia dilihat.
astroawani.comTambah Sofian, mangsa sempat senyum kepadanya sebelum terjun.
ohdunia.myPunca Bunuh Diri Masih Tidak Diketahui Dan Sedang Disiasat Oleh Pihak Polis
Punca wanita itu bertindak demikian bagaimanapun tidak dinyatakan dan mayatnya sudah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.
mynewshub.myMangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
astroawani.comKejadian itu masih disiasat pihak polis yang tiba beberapa minit kemudian.
astroawani.com