Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 12 Kondominium Ditolak Teman Lelaki
Pertengkaran sepasang kekasih sejak beberapa hari lalu berakhir tragedi apabila seorang wanita warga India maut dipercayai ditolak kekasihnya dari tingkat 12.
Kejadian Berlaku Pada 13 Julai 2014 Di Ara Damansara Dimana Seorang Wanita Warga India Maut Selepas Jatuh Dari Tingkat 12 Sebuah Kondominium Dipercayai Ditolak Teman Lelaki
Mayat seorang wanita warga India ditemui di atas balkoni tingkat dua sebuah kondominium di Jalan PJU1/41A, Ara Damansara pada petang 13 Julai 2014.
malaysiandigest.comDalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mayat wanita berusia lingkungan 30 tahun itu dijumpai tersangkut di tingkat dua selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium terbabit.
hmetro.com.myMenurut Seorang Saksi Yang Dikenali Sebagai Rosdi, Dia Kerap Mendengar Pasangan Kekasih Terbabit Bertengkar Sejak Beberapa Hari Lalu Dan Tidak Menyangka Ia Akan Berakhir Dengan Tragedi Sebegini
“Saya tidak menyangka mangsa adalah wanita yang sebelum ini saya kerap terdengar dia dan pasangannya bertengkar."
hmetro.com.my“Saya tidak menyangka pertengkaran mereka sebelum ini boleh menjadi tragedi sebegini kerana saya sering melihat wanita itu yang bekerja di sebuah kedai jahit berhampiran kondominium ini,” jelas Rosdi.
hmetro.com.mySeramai 14 Anggota Termasuk Pegawai Balai Bomba Dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya Dan Jalan Penchala Terbabit Dalam Operasi Itu. Mangsa Akhirnya Berjaya Diturunkan Kira-Kira Jam 4.45 Petang.
Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Nazri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan mengambil mayat terbabit kira-kira jam 2 petang.
malaysiandigest.com“Kami berjaya menurunkan mayat kira-kira jam 4.45 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
blogspot.comTeman Lelaki Mangsa Dilapor Menghilangkan Diri Sebaik Kejadian Berlaku Dan Kini Sedang Dalam Buruan Pihak Polis. Mangsa Kemudian Dihantar Ke PPUM Untuk Dibedah Siasat.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Menurutnya, kekasih mangsa melarikan diri dan kini sedang dikesan polis bagi membantu siasatan.
hmetro.com.myDalam Sebuah Lagi Kes Berasingan, Seorang Lelaki Warga Cina Ditemui Mati Setelah Terjatuh Dari Tingkat 10 Sebuah Kondominium Di Taman Usahawan, Kepong Pada Hari Dan Tarikh Yang Sama
Seorang lelaki maut setelah terjatuh dari Tingkat 10, Kondominium Fortune Avenue, Taman Usahawan, Kepong dekat sini awal pagi hari ini.
bharian.com.myKetua Polis Sentul ACP, R Munusamy, berkata mangsa yang berumur 24 tahun dan masih bujang itu mati di tempat kejadian setelah terjatuh dari kondominium yang didiami bersama keluarganya. Menurutnya, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah terhadap mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
bharian.com.myManakala Sebuah Lagi Kejadian Dilaporkan Pada 11 Julai Lalu, Seorang Bayi Lelaki Berusia Setahun Maut Selepas Terjatuh Dari Tingkat 5 Di Flat PKNS Seksyen 24, Shah Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat lima rumahnya di Flat PKNS Seksyen 24 pada 11 Julai 2014.
sinarharian.com.myMenurut sumber, kejadian jam 2 petang itu berlaku apabila mangsa, Muhamad Iman Qayyum@Abdullah dikatakan cuba mengambil alat permainan di atas bumbung balkoni, sebelum besi penghadang itu tiba-tiba patah menyebabkan dia menggelongsor jatuh ke bawah.
malaysiaedition.net