[GAMBAR] Wanita Parah Melecur 60% Kerana Guna Telefon Semasa Isi Minyak
Nasib malang menimpa wanita berusia 25 tahun.
Seorang wanita disambar api sehingga menyebabkan 60 peratus tubuhnya melecur hanya kerana sebuah telefon bimbit
Menurut sumber, wanita berkenaan disambar api akibat menggunakan telefon bimbit ketika sedang mengisi minyak kenderaannya. Kejadian dipercayai berlaku di stesen minyak SHELL di Setapak Indah, Kuala Lumpur.
Sebaik menerima laporan, 5 anggota bomba dan penyelamat Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi
Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.25 petang sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lima pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar terdapat letupan berlaku dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna merah yang dipandu oleh seorang wanita berusia 25 tahun namun tidak melibatkan sebarang kebakaran.
“Mangsa yang dikenali sebagai T. Sarishna mengalami lecur kira-kira 60 peratus pada bahagian badan termasuk muka dan telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
AMARAN: Gambar berunsur grafik.
Namun begitu, seorang netizen memberitahu dakwaan itu tidak tepat. Menurutnya, wanita itu sebenarnya cuba untuk bunuh diri di tempat kejadian.
Kenyataan selebihnya tidak pula diberikan oleh netizen ini walaupun telah diajukan dengan pelbagai soalan di ruangan komen.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!