seismik

Anda Tidak Akan Sangka Apa Yang Dijumpai Wanita Ini Di Dalam Nasi Lemaknya

Seorang wanita terkejut apabila menjumpai cebisan pembalut penutup luka dalam nasi lemak yang dihidangkan oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan baru-baru ini.

Cover image via blogspot.com

Seorang Wanita Hanya Mahu Dikenali Sebagai Tay Terkejut Apabila Menjumpai 'Handyplast' Dalam Nasi Lemak Yang Dihidangkan

Plaster penutup luka ini ditemui dalam nasi lemak dimakan oleh pengadu.

Image via sinarharian.com.my

Seorang wanita terkejut bukan kepalang apabila menjumpai cebisan pembalut penutup luka dalam nasi lemak yang dihidangkan kepadanya.

sinarharian.com.my

Kejadian Itu Berlaku Pada 6 Januari 2014 Sekitar Jam 10 Pagi Ketika Mengikuti Penerbangan Dari Kuala Lumpur Ke Labuan

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan

Image via imgur.com

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Tay, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada 6 Januari lalu sekitar jam 10 pagi, ketika sedang mengikuti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan atas urusan kerja.

sinarharian.com.my

“Semasa dihidangkan, saya tidak nampak sebarang keganjilan pada nasi lemak tersebut. Bagaimanapun, selepas menghabiskan hampir 80 peratus nasi lemak berkenaan, barulah saya perasan ada sesuatu yang tidak kena", kata Tay.

sinarharian.com.my

Pada Awalnya, Tay Sangkakan Objek Ditemui Hanyalah Cebisan Sotong Dalam Sambal Nasi Lemak

Tay berkata, "Pada awalnya, saya sangkakan objek ditemui hanyalah cebisan sotong dalam sambal nasi lemak".

sinarharian.com.my

"Saya mula berasa loya dan jijik apabila mendapati benda asing itu merupakan pembalut luka terpakai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

sinarharian.com.my

Tidak Berpuas Hati Dengan Kejadian Itu, Dia Segera Memanggil Ketua Krew Kabin Bertugas Untuk Melihat Sendiri Objek Dijumpai

Dia segera memanggil ketua krew kabin bertugas untuk melihat sendiri objek dijumpai dalam makanan yang mereka sediakan.

blogspot.com

“Malangnya, respons diterima agak mengecewakan. Dia kelihatan acuh tidak acuh apabila diberitahu penemuan plaster luka berkenaan dan sekadar meminta saya mengemukakan aduan bertulis untuk tindakan susulan".

blogspot.com

Sehingga Kini, Tay Masih Menunggu Jawapan Daripada Syarikat Penerbangan Yang Terus Berdiam Diri Dalam Hal Ini

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong (dua, kanan) turut hadir pada sidang media diadakan di Pejabat Adun Rahang, semalam.

Image via sinarharian.com.my

Menurutnya, kesal dengan syarikat penerbangan tersebut yang seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap masalah dihadapi menyebabkan dia membuat aduan kepada media.

sinarharian.com.my

“Bukan wang ringgit atau pampasan yang saya mahukan, cukuplah sekadar permohonan maaf daripada mereka", kata Tay.

sinarharian.com.my

Tay Bersyukur Tidak Mengalami Masalah Kesihatan Serius Kecuali Sedikit Alahan Pada Kulit

"Sedikit sebanyak, saya berasa trauma dan serik untuk untuk menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan terbabit,” katanya.

sinarharian.com.my

“Mujurlah saya tidak mengalami masalah kesihatan serius kecuali sedikit alahan pada kulit selepas makan hidangan itu".

sinarharian.com.my

Adun Rahang, Mary Josephine Berkata Pihaknya Bersedia Membantu Pengadu Dalam Segala Aspek

Adun Rahang DAP, Mary Josephine

Image via therocket.com.my

Adun Rahang, Mary Josephine yang ditemui di pejabatnya, dekat sini berkata, pihaknya bersedia membantu pengadu dalam segala aspek.

sinarharian.com.my

“Kecuaian dilakukan tidak boleh diterima. Nama baik negara pasti akan tercemar jika pelancong asing yang berdepan situasi sebegini".

sinarharian.com.my

“Kita minta pihak berkaitan beri perhatian serius dalam perkara ini dan kita berikan tempoh seminggu untuk beri maklum balas,” katanya.

sinarharian.com.my

Jika Anda Rasa Berita Ini Amat Pelik Untuk Diterima, Anda Perlu Baca Ini

You may be interested in: