seismik

"Yang Penting Halal" - Ini 7 Lokasi Chinese Food Anda Patut Cuba Di Sekitar Lembah Klang

Jom food hunt!

Cover image via Yaya Dimsum Corner & Sii Nurul

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, rakyat Malaysia akan bersama-sama menyambut perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi

Oleh itu, sudah pastinya di antara kita mahu merasai sajian masakan Cina yang menyelerakan dan halal untuk dimakan bukan?

Jom kita jelajah 7 restoran Chinese yang menyediakan makanan halal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sepanjang Tahun Baharu Cina ini.

Image via TENOR

1. Restoran Opium KL

Image via Klook
Image via VKEONG

Restoran yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur ini juga turut menggunakan hiasan stail ala-ala klasik serta memberikan para pelanggan merasai sendiri suasana tradisional masyarakat Cina.

Bukan sahaja menyediakan sajian yang halal. Malah, restoran ini juga turut menyajikan western food yang viral dan mengiurkan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Alamat: Old Shanghai, 50, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (12pm–2:30pm, 5pm–12am) Ahad (5pm-12am)

2. Restoran Golden Valley

Restoran ini sangat terkenal dengan sajian makanan Cina yang fresh dan tidak mengecewakan. Restoran Cina Muslim ini juga turut menyediakan senarai menu yang sangat unik.

Antara menu yang popular di restoran ini adalah Kong Po Chicken Yam Basket dan Black Pepper Beef in Hotplate.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Alamat: 310, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Ahad (11am-10pm)

3. Restoran Dolly Dim Sum

Image via Eatophilia
Image via Time Out

Buat peminat Dim Sum, restoran ini sangat sesuai untuk anda kunjungi kerana mereka menyediakan pelbagai aneka Dim Sum dan makanan Cina yang lain.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Alamat: NU Sentral, LG.43, 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Ahad (11am-10pm)

4. Restoran Lamb Shepherd

Image via Teh Talk
Image via FOURSQUARE

Restoran ini diasaskan oleh seorang lelaki Muslim yang berasal dari Tanah Besar China. Keunikan masakan di restoran ini adalah mereka menyediakan makanan asli Xi’an yang sedap dan pedas dari wilayah Sinchuan.

Kalau datang ke restoran ini, anda wajib mencuba sup ladu dan Lamb Shepherd kerana masakan ini dimasak dengan kuantiti cili yang banyak. Sangat sesuai untuk anda yang meminati makanan pedas!

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Alamat: NO.8A GRD Floor Jalan 4/27F, OFF, Jalan Genting Klang, Desa Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa-Jumaat (11:30am-7:30pm) Sabtu-Ahad (11:30am-6:30pm)

5. Restoran Muhibbah Seafood

Image via KL Foodie

Restoran ini turut menyajikan makanan Chinese seafood yang sangat sedap seperti Butter Coconut Prawns, Baby Kailan with Salted Fish dan Ginger Scallion Beef.

Malah, setiap hidangan yang disediakan turut diletakkan sentuhan masakan ala-ala Thai.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap Hari (12pm-2pm, 6:30pm-9pm)

6. Restoran Cina Muslim Amber

Image via Amber
Image via MIA

Jika anda seorang yang suka menikmati hidangan dengan suasana minimalis dan moden, ini adalah restoran makanan Cina yang halal patut anda cuba.

Antara hidangan mereka yang paling dikenali adalah Chive Pancake, Kung Pao Chicken dan kambing panggang.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Alamat: Unit 14, Level 1, Nexus, 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Ahad (12pm-9pm)

7. HOMST

Mula diperkenal sejak tahun 2002, HOMST merupakan sebuah restoran yang menyajikan pelbagai hidangan Cina yang halal dan menarik.

Keunikan restoran ini adalah mereka menyediakan hampir 30 sajian Dim Sum serta makanan laut yang segar.

Kini, HOMST juga sudah membuka 9 cawangan di sekitar KL dan Selangor. Di antara branch yang terkenal adalah di TTDI dan Kampung Baru.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Waktu operasi: Isnin-Khamis (11am-10:30pm) Jumaat (3pm-11pm) Sabtu-Ahad (11:30am-11pm)

Image via ZOMATO
Image via HOMST

Wah, semuanya nampak sedap untuk dicuba. Selamat Tahun Baharu Cina!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: