YEG Lancar Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji Umrah & Pengurusan Penerbangan
Pelancaran program baharu ijazah sarjana muda itu bertujuan bagi melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam industri pekerjaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Demi melahirkan tenaga pakar dalam industri pekerjaan, YEG Academy mengambil langkah proaktif dengan melancarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji Umrah dan Pengurusan Penerbangan sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Innovatif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini
Menurut Pengarah Pengurusan YEG Academy, Hasan Ithnin, pihaknya mengambil peranan mewujudkan lebih ramai tenaga kerja profesional selepas melihat industri Haji dan Umrah serta pengurusan penerbangan ketandusan mereka yang pakar dalam bahagian pengurusan atau operasi.
"Fakulti Pengajian Antarabangsa adalah salah satu usahasama yang diwujudkan antara YEG Academy dan Kolej Antarabangsa Inovatif untuk menubuhkan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.
"Selepas lima tahun, kami melihat terdapat permintaan yang tinggi untuk pekerjaan di peringkat pengurusan. Sebab itu kami melancarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji Umrah sempena dengan kempen Melahirkan Tenaga Pakar Profesional Industri Haji Umrah 2025.
"Pihak kami mensasarkan 1,000 orang pelajar lepasan SPM bermula dengan diploma, ijazah sarjana muda dan kami sedang merangka untuk program ijazah sarjana (master) pada masa depan. Impian kami adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan haji umrah yang menjadi rujukan bukan saja Malaysia tetapi seluruh dunia," katanya.
"Penting untuk intitusi pendidikan melahirkan tenaga pakar dalam sesuatu bidang terutama berkaitan agama" - Pensyarah Kanan, Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, PU Amin
"Ramai orang yang tiada kelayakan mengeluarkan fatwa mereka sendiri mengenai ibadah haji umrah. Dalam bidang agama memang diperlukan pengkhususan supaya apabila mereka keluar nanti akan menjadi pakar dalam bidang tertentu seperti haji umrah," kongsi PU Amin yang menjelaskan program di bawah YEG Academy turut mendapat sokongan pemain industri haji umrah.
Menariknya, seorang pelajar yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji Umrah, Haji Muhammad Syakir Alif Che Razali, 21, telah membuka syarikat sendiri dan memegang jawatan sebagai Ketua Pengawai Operasi Hijrah Alliance Travel Sdn. Bhd.
Bermula dengan program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, pelajar berasal dari Kelantan itu membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sambil bekerja.
"Saya rasa dengan jawatan yang saya galas, ilmu peringkat diploma tidak mencukupi. Saya telah tamat satu semester program ijazah sarjana muda dan dapat rasa perbezaannya ditambah dengan pengalaman bekerja.
"Memang berbaloi untuk saya sambung belajar kerana menguruskan sebuah syarikat dan jemaah bukanlah mudah. Saya perlu ada ilmu untuk mengembangkan syarikat ini," ujar Syakir.
Kerjaya dan pasaran tinggi industri penerbangan kini semakin meluas
Dalam pada itu, menerusi Kempen 2025 Kickstartyourcareer in Aviation, YEG Academy dengan kerjasama strategik bersama Meatech Training Centre dan IUC Kolej Universiti Innovatif melancarkan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan dan Program Diploma dalam Bidang Penerbangan.
Menurut Pengarah Pemasaran YEG Academy, Azizulhakim Suhaimi, permintaan pasaran yang tinggi terhadap tenaga pakar dan keperluan perkembangan kerjaya di dalam industri penerbangan menyebabkan pihaknya melahirkan beberapa program mengikut kehendak semasa.
"Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan, pihak kami mensasarkan untuk mereka yang sudah bekerja. Kekuatan program ini adalah silibus mengikut industri, masa belajar yang fleksibel iaitu kelas dihujung minggu sahaja dan jika mereka hanya ada SPM tetapi ada pengalaman kerja yang lama, kita boleh bantu untuk terus ke peringkat ijazah sarjana muda," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif Meatech ATC. Sdn. Bhd, Shahril Azwan Abdul Hamid berkata, selaras dengan sasaran Malaysia mahu menjadi hub penerbangan di peringkat Asia Tenggara pada 2030, pekerjaan dalam bidang penerbangan terbuka luas.
"Dunia penerbangan bukan sekadar juruterbang atau pramugari sahaja, tetapi terdapat peluang pekerjaan yang sangat luas pada bahagian operasi. Tidak mungkin kita mahu orang luar bekerja di tempat kita, jadi saya seru untuk anak muda sambung belajar demi masa depan yang lebih terjamin.
"Selain itu, buat pelajar yang mengikuti program pringkat sijil dan diploma penerbangan mereka turut mendapat wang sara hidup sebanyak RM600. Tahun depan program kami tawarkan akan disatukan dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) iaitu Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3.
"Pelajar boleh mendapat bantuan pembiayaan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)," ujarnya.
Bukti kejayaan program penerbangan yang dianjurkan oleh Meatech, hampir 80 peratus pelajar mendapat pekerjaan dalam industri penerbangan antaranya, Arisia Parikos, 22. Pelajar yang berasal dari Keningau, Sabah itu mengikuti program Cabin Crew/ Customer Service & Ground Handling selama tiga bulan.
"Belum pun tamat latihan saya telah mendapat tawaran pekerjaan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan di POS Aviation KLIA. Ini yang kami sebagai pelajar mahukan, selepas belajar mendapat kerja," katanya yang juga merupakan anak seorang petani.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!