seismik

Hari Cuci Malaysia Diadakan Pada Setiap Sabtu Terakhir Bulan September Mulai Tahun Ini

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.

Cover image via MBSJ & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mulai tahun ini, Sabtu terakhir pada September setiap tahun diisytihar sebagai Hari Cuci Malaysia bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kebersihan awam

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan perkara itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Selasa.

Menurutnya, inisiatif tersebut adalah sebagai langkah untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan aman.

Image via Sinar Harian

"Malaysia telah menjadi antara destinasi pelancongan pilihan utama. Melalui inisiatif ini, kita berhasrat untuk menaikkan lagi imej Malaysia sebagai negara yang bersih, indah dan aman supaya kita dapat terus menawan hati pelancong dari seluruh dunia.

"Untuk tahun ini, acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 27 September kelak," katanya.

Hari Cuci Malaysia akan diadakan secara besar-besaran dengan pendekatan pelbagai lapisan masyarakat

Menurutnya lagi, KPKT menganggarkan untuk mencatat 100,000 peserta dan turut melibatkan murid sekolah melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Budaya amalan kebersihan adalah amat penting, dan kita perlu mendidik anak-anak sejak kecil agar menjaga kebersihan awam," katanya lagi.

Image via Word Press

Tambah beliau, pelaksanaan Hari Cuci Malaysia tahun lalu telah mencatatkan tiga rekod baharu Kebangsaan, The Malaysia Book of Records.

Ia melibatkan bilangan penyertaan teramai iaitu 58,007 orang, jumlah kutipan sisa pepejal terbanyak dalam satu acara (4,645.5 tan metrik) dan pelaksanaan aktiviti gotong-royong paling lama iaitu dari 8 pagi hingga ke 8 malam.

Kesimpulannya, Hari Cuci Malaysia merupakan salah satu usaha untuk menangani isu pencemaran sisa yang semakin meningkat di negara ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: