Anti-Virus Pun Boleh Berlandaskan Syariah?
Bukan sahaja makanan dan bank yang boleh berlandaskan Islam... Kini di Malaysia ada juga syarikat yang menyediakan Antivirus yang sepenuhnya berlandaskan syariah!
Syarikat 1Machine menyediakan perkhidmatan antivirus berlandaskan sistem digital syariah
SIAPA sangka, selain daripada perbankan Islam dan hab makanan halal, Malaysia juga ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan perisian keselamatan internet atau bahasa mudahnya, antivirus yang berlandaskan sistem digital syariah sepenuhnya.
sinarharian.com.myLebih membanggakan, produk unik ini dihasilkan sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS), 1Machine Sdn Bhd (1Machine) yang merupakan antara syarikat di bawah bimbingan Technology Park Malaysia (TPM).
sinarharian.com.myTentang produk Antivirus Perisai
Perisai Antivirus Personal Edition with Internet Security is the first Antivirus developed by Malaysia and with superior protection and Digital Syariah Compliance.
mudah.mySpecifications: Antivirus, 2GB Cloud Drive, Secured Mail unlimited use, 3 users license
mudah.myPrice: RM 120. Also Available :
* Premier Edition
* Professional Edition
Idea Perisai datang dari tiga usahawan. Tiada syarikat tempatan lain yang tawar produk perisian keselamatan internet kepada pengguna
Dikenali sebagai Perisai, perisian yang digunakan untuk keselamatan internet ini adalah buah fikiran tiga usahawan muda Melayu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif 1Machine, Abbyamir Sapie; Ketua Pegawai Operasi 1Machine, Shaifulizan Othman dan Pengarah Perniagaan Antarabangsa 1Machine, Mohd Juani Affendi Ibraham.
busuk.orgIdea menghasilkan produk teknologi itu datang selepas mereka menyedari masih tiada syarikat tempatan yang menawarkan produk perisian keselamatan internet kepada pengguna, jadi 1Machine diasaskan pada 2010 bagi merealisasikan impian itu.
busuk.orgKini, syarikat itu menawarkan perkhidmatan seperti Perisai Antivirus, Perisai Anti Spyware, Perisai Anti Spam, Perisai Parental Control, Perisai Firewall dan Perisai Mobile Security.
blogr.myKetua Pegawai Eksekutif 1Machine, Abbyamir Sapie "Perisai berjaya menembusi pasaran Timur Tengah"
Abbyamir berkata, selepas empat bulan pelancaran Perisai, pada 2012, 1Machine berjaya mendapatkan beberapa pengedar di peringkat global di mana kebanyakannya adalah dari negara Islam Timur Tengah serta Utara Afrika seperti Arab Saudi dan Mesir.
blogr.my“Tahun lalu, kami banyak habiskan masa mencari pendedahan kepada pasaran. Pada Februari tahun ini, kami telah menubuhkan syarikat pertama 1Machine di luar Malaysia dikenali sebagai 1Machine Technology Pte Ltd di Juba, Sudan Selatan bagi menjaga operasi dan pemasaran jualan kami di Afrika," katanya.
sinarharian.com.mySyarikat 1Machine yakin produk bercirikan Islam boleh diterima baik oleh negara-negara Islam seluruh dunia
Ditanya mengenai perancangan akan datang, Abbyamir berkata, 1Machine akan mengutamakan sasaran bagi penembusan pasaran Perisai di peringkat global kerana tidak banyak produk yang datang dari dunia Islam seperti negara-negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
sinarharian.com.my“Boleh dikatakan 98 peratus (produk teknologi) adalah dari Eropah dan Amerika. Di sini kita boleh lihat peluang sangat cerah bagi produk dari Malaysia dan negara Islam untuk tembusi pasaran Timur Tengah dan negara yang mempunyai peratusan penduduk Islam tinggi.
busuk.orgBagaimanapun, beliau tetap mahu mengukuhkan kedudukan di pasaran negara sendiri sebelum menarik perhatian pengguna luar kerana syarikat itu yakin, produk dari dunia Islam boleh diterima dengan baik di negara Islam seluruh dunia.
blogr.myCrazy stuff happening around you? Facebook or Tweet us! We'll feature it on SAYS
Get all latest news here on SAYS (@SAYSdotMY). Tweet us and let us know what's happening around you! We'll feature it on SAYS.
twitter.comSAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produce and brought to you by Malaysian social media users!
facebook.com