videos

Ais Krim Teh Tarik Ini Boleh Dibuat Dengan 3 Bahan Saja. Tak Perlu Ada 'Ice Cream Maker'!

Memang kaw rasa dia :D

Cover image via SAYS

Dah bosan dengan perisa ais krim biasa? Ikuti resipi minggu ini untuk ketahui bagaimana anda boleh membuat ais krim teh tarik dengan mudah di rumah!

Image via SAYS

Resipi ini tidak memerlukan ice cream maker dan hanya menggunakan 3 bahan saja. Begini caranya:

Bahan-bahan:
- 1 cawan whipping cream
- 3 sudu besar serbuk teh
- 1 cawan susu pekat
- Badam cincang (optional)

Cara-cara:
1. Didihkan whipping cream dan serbuk teh.
2. Tapis dan sejukkan selama 4 jam.
3. Pukul hingga kembang.
4. Kemudian masukkan susu pekat dan gaul hingga rata.
5. Masukkan ke dalam dulang dan bekukan selama 4 jam.
6. Taburkan badam ke atas ais krim dan hidang.

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Suka resipi ini? Dapatkan resipi yang lain-lain juga!

Leave a comment