Hasilkan Menu Ayam Bakar Kicap Madu Istimewa Ini Dengan Bajet Bawah RM25 Sahaja!

Jimatkan wang dengan menghasilkan hidangan istimewa ini!

  • Cover image via SAYS

Ayam yang diperap dengan kicap cair dan madu, kemudiannya dibakar hingga keemasan ini memang sangat juicy dan cukup flavourful.

Image via SAYS

Dengan hanya menggunakan modal RM22 untuk membeli bahan-bahan untuk resipi ini, kami hasilkan hidangan yang memang power. Hidangkan Ayam Bakar Kicap Madu ini untuk keluarga anda. Confirm mereka suka!

Begini caranya untuk membuat Ayam Bakar Kicap Madu:

Bahan-bahan:
- 3 paha ayam
- 3 sudu besar kicap cair
- 5 sudu besar madu
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 inci halia (dicincang)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan sayur:
- 1/2 biji zucchini kuning
- 1/2 biji lada benggala merah (dipotong kiub)
- 1/2 biji bawang kuning (dipotong kiub)
- 1/2 biji brokoli (dibelah dua)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
1. Atas baking pan yang dilapitkan aluminium foil, perapkan ayam dengan kicap cair, madu, bawang putih, halia, garam dan lada hitam selama 15 minit.
2. Letakkan zucchini kuning, lada benggala merah, bawang kuning dan brokoli. Kemudian tabur garam, lada hitam serta minyak zaitun dan gaul kesemuanya.
3. Bakar pada suhu 210°C selama 25-30 minit atau hingga ayam masak.
4. Ayam Bakar Kicap Madu sudah siap!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment