Sukakan Makanan Korea? Cuba Resipi Bulgogi Yang Mudah Dan Sedap Ini!

Tak perlu makan di kedai lagi, buat saja di rumah ;)

  • Cover image via SAYS

Dengan dagingnya yang lembut dan rasanya yang unik, tidak hairanlah mengapa hidangan Bulgogi memang disukai ramai.

Image via SAYS

Begitu mudah sebenarnya untuk hasilkan Bulgogi ini. Begini caranya:

Bahan-bahan:
- 500g daging sirloin
- 1/4 cawan buah pir Korea (dikisar)
- 1 sudu besar gula perang
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu besar halia (dikisar)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- 2 sudu besar kicap masin
- 1/2 biji bawang kuning (dihiris)
- Bijan
- Daun bawang

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, masukkan daging sirloin, buah pir kisar, gula perang, bawang putih, halia kisar, garam, lada hitam, kicap masin dan bawang kuning. Perapkan semalaman.
2. Panaskan kuali. Kemudian, masukkan daging yang sudah diperap.
3. Masak hingga kuahnya menjadi pekat.
4. Taburkan bijan dan daun bawang.
5. Siap untuk dihidang!

Buah pir Korea digunakan dalam resipi seperti ini untuk melembutkan daging dan menambahkan sedikit rasa manis. Jika tiada buah pir Korea, anda boleh juga gantikan dengan buah pir biasa ataupun buah epal.

Image via bibberche

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment