Inginkan Idea Menu Istimewa Untuk Santapan Keluarga? Cuba Resipi Laksam 'Homemade' Ini!

Resipi ini nampak 'complicated' tapi sebenarnya mudah untuk diikuti :D

  • Cover image via SAYS

Penat fikirkan idea apa nak masak?

Image via tenor

Jika anda inginkan sesuatu yang sedikit special, apa kata cuba resipi Laksam ini. Pasti disukai seisi keluarga!

Bahan- bahan (laksam):
- 3 cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- 3 cawan air panas
- 2 cawan air biasa

Bahan-bahan (kuah):
- 400g ikan kembung rebus
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 cawan santan
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 asam keping
- Garam
- Gula
Santan cair

Bahan-bahan hidangan:
- Sambal belacan
- Ulam: Kacang panjang, bunga kantan, timun, dan daun kesum

Cara-cara:
1. Gaul tepung beras dan tepung gandum dengan air sehingga sebati.
2. Sapu minyak pada loyang dan kukus adunan hingga menggelembung.
3. Biarkan sejuk. Kemudian gulung dan potong.
4. Kisarkan ikan kembung rebus, bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam bersama santan.
5. Dalam periuk, didihkan bahan kisar.
6. Tambahkan santan cair.
7. Masukkan asam keping, garam, dan gula.
8. Hidangkan laksam dengan sambal belacan dan ulam.

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment