'Curious' Nak Tahu Apa Rasa Nasi Lemak Burger? Jom Cuba Resipi Mudah Ini!

Version ni menggunakan nasi lemak sebagai bun burger. Memang sedap =)

  • Cover image via SAYS

Sejak McD Singapura mula lancarkan Nasi Lemak Burger, inilah soalan pertama yang bermain di kepala:

Bilalah Malaysia nak ada ni?

Image via Tumblr

Untuk yang dah penat tunggu, jangan risau! Burger ini sebenarnya memang senang untuk dibuat sendiri di rumah.

Image via SAYS

Begini caranya:

Bahan-bahan:
- 1 cawan beras pulut (direndam semalaman)
- 1 cawan santan
- 1 sudu besar garam
- Tepung serbaguna
- Telur
- Ayam (tanpa tulang)
- Sambal nasi lemak
- Kacang dan ikan bilis
- Timun
- Telur goreng

Cara-cara:
1. Kukus beras pulut dengan santan dan garam hingga masak.
2. Tekankan dan padatkan pulut ke dalam loyang berbentuk bulat.
3. Panaskan bun nasi di atas kuali hingga sedikit garing.
4. Salut ayam tanpa tulang dengan telur dan tepung serbaguna.
5. Goreng hingga keemasan.
6. Susun burger, dimulakan dengan bun nasi diikuti dengan sambal, timun, ayam goreng, telur goreng, kacang, ikan bilis dan bun nasi.
7. Sedia untuk dihidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? Subscribe ke Youtube Seismik Makan untuk dapatkan resipi baru setiap Selasa!

Image via SAYS

Leave a comment