Masih Belum Dapat Cuba Salted Egg Chips Yang Tengah 'Viral' Sekarang? Buat Saja Sendiri!

Hanya 5 bahan diperlukan!

  • Cover image via SAYS

Terliur tengok Salted Egg Chips yang kian membanjiri news feed anda? Sekarang anda boleh buat snek simple ni sendiri!

Image via SAYS

Begini caranya:

Bahan- bahan:
- 2 biji ubi kentang (dihiris halus)
- Daun kari
- 120g mentega
- 6 biji telur masin kuning (direbus)
- 4 biji cili padi

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng daun kari hingga rangup. Angkat dan toskan.
2. Masukkan ubi kentang dan goreng hingga rangup. Angkat dan toskan.
3. Dalam kuali lain, cairkan mentega dan masukkan telur masin kuning. Gaul rata.
4. Masukkan cili padi dan tumis.
5. Gaulkan sos telur masin dengan kentang goreng dan daun kari.
6. Siap untuk dihidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment