videos

Nak Masak Lauk Yang 'Simple' Tapi Sedap? Cuba Resipi Ayam Goreng Kunyit Ini

Makan dengan nasi panas-panas, memang terangkat!

Cover image via SAYS

Ikuti 4 langkah mudah ini untuk masak Ayam Goreng Kunyit:

Bahan-bahan:
- Dada ayam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji bawang kuning (dihiris)
- Kacang panjang (dipotong 2 inci)
- Cili merah (dihiris)
- Minyak

Cara-cara:
1. Ratakan kepingan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
3. Masukkan bawang putih; gaul hingga sedikit rangup.
4. Masukkan bawang kuning, kacang panjang, dan cili merah; gaul hingga lembut.
5. Hidang!

Nak lagi sedap? Taburkan bawang goreng!

Image via SAYS

Resipi lauk apa pula yang ingin anda dapatkan? Beritahu kami di ruangan komen di bawah =)

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Suka masakan ayam? Cuba resipi-resipi ini pula:

Leave a comment