videos

Asyik 'Sold Out' Setiap Kali Nak Makan Ayam Goreng Spicy? Resipi Ini Khas Untuk Anda

Lagi pedas, lagi sedap!

Cover image via SAYS

Teringin nak makan Ayam Goreng Spicy hari ini?

Ikuti resipi mudah ini:

Bahan-bahan (perapan ayam):
- 1/2 ekor ayam
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah

Bahan-bahan (tepung):
- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah
- 2 sudu besar mixed herbs
- 2 sudu besar baking powder

Cara-cara:
1. Gaul ayam dengan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 4 jam.
2. Gaul kesemua bahan-bahan tepung.
3. Celupkan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan bersama campuran tepung tadi.
4. Goreng lebih kurang 10 - 15 minit hingga masak.
5. Hidang!

Tip: Gunakan tangan yang berasingan untuk menyalut ayam dengan telur dan tepung

Image via SAYS

Anda boleh menggunakan cara ini untuk mengelakkan tangan anda daripada diselaputi gumpalan campuran tepung dan telur.

Undi untuk resipi favourite anda!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dah cuba resipi-resipi ini?

Leave a comment