Cuba Resipi Mudah Ini Untuk Hasilkan Ayam Masam Manis Yang Lagi Sedap Daripada Restoran

Cubalah untuk Hari Ibu weekend ini!

  • Cover image via SAYS

Ingin surprise ibu tersayang sempena Hari Ibu yang bakal tiba?

Image via Smosh

Ambil alih tugas memasak di dapur dan hidangkan Ayam Masam Manis ini untuk santapan seisi keluarga =)

Image via SAYS

Ikuti resipinya di sini:

Bahan-bahan (ayam):
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
¼ cawan air
Garam
Lada sulah
Dada ayam

Bahan-bahan (sos masam manis):
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili limau
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung
¾ cawan air

Bahan-bahan selebihnya:
1 biji bawang kuning
3 ulas bawang putih
1 biji lada benggala
2 biji cili merah
¼ cawan kiub nanas
Lada sulah

Cara-cara:
1. Gaul kesemua bahan salutan ayam.
2. Dalam mangkuk yang lain, gaul kesemua bahan sos masam manis.
3. Goreng ayam yang disalut hingga keemasan.
4. Kurangkan minyak sedikit dan tumis bawang kuning dan bawang putih.
5. Masukkan lada benggala dan cili merah. Gaul.
6. Masukkan campuran sos dan masak hingga pekat.
7. Masukkan kiub nanas dan gaul.
8. Masukkan lada sulah dan gaul.
9. Masukkan ayam yang digoreng itu tadi dan gaul hingga rata.
10. Siap untuk dihidang.

Nak tahu secret ingredient yang membuatkan hidangan ini bertambah sedap? Resipi ini menggunakan Sos Cili Limau keluaran Life!

Image via SAYS

Walaupun lebih dikenali dengan sos cili Thai, jenama Life sebenarnya mempunyai pelbagai produk yang menarik termasuk Sos Cili Limau ini. Gabungan masam dan pedas daripada sos inilah yang memberikan keseimbangan yang sempurna di dalam resipi Ayam Masam Manis ini!

Selain itu, resipi ini juga menggunakan sos tomato dan sos tiram Life. Untuk ketahui rangkaian produk Life dengan lebih lanjut, klik sini.

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment