videos

Inginkan Idea 'Last Minute' Untuk Buat Kuih Raya? Jom Cuba Resipi Biskut Arab Rainbow!

Tak perlu banyak bahan pun! :D

Cover image via SAYS

Masih belum ada idea kuih raya apa nak buat untuk Syawal yang bakal tiba? Jangan risau, resipi Biskut Arab ini cukup mudah untuk dibuat. Comel pula tu!

Image via SAYS

Begini caranya untuk membuat Biskut Arab:

Bahan-bahan:
- 8 sudu besar minyak sapi
- 50g gula icing (ditapis)
- 200g tepung gandum (ditapis)
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 20g badam kisar
- 1/2 sudu kecil garam
- Pewarna

Cara-cara:
1. Gaul minyak sapi dengan gula icing hingga sebati.
2. Di dalam mangkuk lain, gaul tepung gandum bersama baking soda.
3. Masukkan ke dalam adunan minyak sapi.
4. Masukkan badam kisar dan garam. Gaul.
5. Menggunakan tangan, uli sehingga menjadi doh.
6. Bahagikan kepada empat dan masukkan pewarna yang diingini.
7. Cubit sedikit doh-doh warna berlainan dan bentukkan menjadi bulat.
8. Bakar selama 15 minit pada suhu 170°C.
9. Biskut Arab Rainbow sudah siap!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment