videos

Sukakan Butter Chicken? Hanya 8 Bahan Diperlukan Untuk Hasilkan Resipi 'Simple' Ini!

Anda boleh menghasilkan resepi ayam butter dalam kurang daripada 15 minit. Ringkas & lazat!

Cover image via SAYS

Sebut saja Butter Chicken, pasti ramai yang suka! Hidangan Butter Chicken yang berkrim ini pasti digemari seisi keluarga.

Image via SAYS

Begini cara membuatnya:

Bahan-bahan (ayam):
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada sulah
- Paha ayam

Bahan-bahan (sos):
- 3 sudu besar mentega
- Daun kari
- 1 sudu besar cili padi
- 1/2 sudu besar bawang putih
- 100ml susu cair
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara:
1. Salut ayam bersama tepung gandum, tepung jagung, garam dan lada sulah.
2. Goreng hingga keemasan.
3. Untuk membuat sos, cairkan mentega dan tumis daun kari, cili padi dan bawang putih.
4. Masukkan susu cair dan didihkan hingga pekat. Kemudian, masukkan garam dan lada hitam.
5. Tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng.
6. Gaul hingga rata.
7. Siap untuk dihidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Sukakan resipi ini? Dapatkan resipi yang lain-lain juga!

Leave a comment