Serikan Musim Deepavali Ini Dengan Coconut Candy Buatan Sendiri!

Mudah pun mudah; hanya 6 bahan diperlukan.

  • Cover image via SAYS

Bila sebut saja Deepavali, pasti pelbagai hidangan klasik kaum India mula bermain di fikiran, daripada Nasi Briyani hinggalah Coconut Candy

Image via SAYS

Jika Coconut Candy yang diidami, jangan risau. Resipinya amat mudah dan boleh dibuat bila-bila masa:

Bahan-bahan:
- 2 cawan kelapa parut
- ½ cawan gula
- ½ cawan susu pekat
- 2 sudu besar mentega
- Esen vanilla
- Pewarna

Cara-cara:
1. Cairkan mentega.
2. Masukkan kelapa, gula, dan susu pekat.
3. Gaul sehingga kelapa mula menjadi melekit, lebih kurang 10 minit.
4. Masukkan esen vanilla dan pewarna; gaul.
5. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
7. Potong adunan menjadi bentuk kiub.
8. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
9. Hidang!

Apakah kuih Deepavali kegemaran anda? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment