videos

Gara-Gara Rendang 'Crispy', Kami Cuba Masak Menu Luar Biasa Berinspirasikan MasterChef Ini

First time masak rendang ayam macam ni!

Cover image via SAYS

Memang kecoh satu negara dibuatnya baru-baru ini apabila peserta MasterChef UK yang berasal dari Malaysia, Zaliha Kadir Olpin, tersingkir atas alasan rendang ayam yang dimasaknya tidak "crispy"

Image via Youtube

Sejak itu, bermacam-macam drama yang timbul gara-gara komen luar biasa ini. Makin panjang ceritanya, makin lapar pula kami jadinya. Maka terciptalah resipi Seismik Makan minggu ini iaitu Crispy Chicken Rendang!

Image via SAYS

Begini cara kami membuatnya:

Bahan-bahan (ayam):
- Paha ayam
- 4 sudu besar tepung gandum
- 4 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar garam
- Minyak

Bahan-bahan (kisar):

- 2 inci lengkuas (dihiris)
- 2 inci halia (dihiris)
- 1 batang serai (dihiris)
- 10 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih

Bahan-bahan (kuah rendang):
- 2 1/2 sudu besar cili kisar
- 1 cawan santan
- 2 sudu besar kerisik
- 1 keping asam keping
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula melaka
- 1/2 helai daun kunyit (dihiris)
- Minyak

Cara-cara:

1. Salut ayam bersama tepung gandum, tepung jagung dan garam.
2. Goreng hingga keemasan.
3. Untuk kuah rendang, kisar lengkuas, halia, serai, bawang merah dan bawang putih.
4. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga garing.
5. Masukkan santan. Gaul.
6. Masukkan kerisik, asam keping, garam, gula melaka dan daun kunyit. Gaul.
7. Hidangkan ayam dengan kuah rendang.

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment