Ini Resipi Paling Ringkas Untuk Hasilkan Ikan Kung Pao Yang Sedap!

Makan ni dengan nasi panas-panas memang padu!

  • Cover image via SAYS

Pernah cuba Ikan Kung Pao? Jika anda dan keluarga anda penggemar masakan Cina, hidangan yang cukup ringkas dan enak ini boleh anda hasilkan untuk keluarga. Confirm mereka suka!

Image via SAYS

Begini caranya untuk hasilkan Ikan Kung Pao paling ringkas:

Bahan-bahan:
- 300g fillet ikan Dory (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 10 keping cili kering 
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- Daun bawang
- Garam secukup rasa
- Minyak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih dan cili kering.
2. Masukkan fillet ikan Dory, minyak bijan, kicap manis, kicap masin, sos tiram dan sos tomato. Gaul.
3. Masukkan bawang merah dan daun bawang. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Gaul.
4. Setelah ikan sudah masak, tutup api.
5. Ikan Kung Pao sudah siap!

Leave a comment