videos

Ingin Hidangkan Menu Ala Arab Untuk Raya Nanti? Cuba Resipi Kebab Daging Ini!

Hidangkan dengan honey mint sauce untuk lebih kick ;)

Cover image via SAYS

Ingin berikan sedikit kelainan kepada menu Raya anda tahun ini? Meriahkan lagi jamuan anda nanti dengan resipi Kebab Daging ini!

Image via SAYS

Resipi ini menggunakan kiub daging yang diperap dengan minyak zaitun, dan dibakar bersama bawang besar dan lada benggala. Sos madu pudina pula menjadi pelengkap kepada kebab daging ini.

Ingin cuba membuatnya? Dapatkan resipi Kebab Daging berserta Honey Mint Sauce di sini:

Bahan-bahan (kebab daging):
- Kiub daging
- Minyak zaitun
- Lada benggala (dipotong segiempat)
- Bawang besar (dipotong segiempat)
- Lada hitam Giant
- Garam

Bahan-bahan (honey mint sauce):
- 1 sudu besar tepung jagung Giant (dibancuh dengan air)
- 1/4 cawan daun pudina cincang
- 3 sudu besar madu Giant
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar garam

Cara-cara:
1. Gaul minyak zaitun, garam dan lada.
2. Masukkan kiub daging dan perap selama 2 jam.
3. Gunakan lidi sate untuk membuat kebab menggunakan daging diperap, lada benggala, dan bawang besar.
4. Sapukan kuali pemanggang dengan minyak zaitun.
5. Bakar kebab selama lebih kurang 10 minit.
6. Untuk membuat sos, gaul kesemua bahan sos.
7. Dalam kuali lain, panaskan sos hingga pekat.
8. Tuangkan sos ke atas kebab.
9. Siap untuk dimakan!

Menyambut Raya dengan meriah tidak semestinya bermaksud anda perlu berbelanja besar. Dapatkan segala kelengkapan Aidilfitri anda dengan harga yang berpatutan di Giant!

Image via SAYS

Ya, anda boleh berikan sentuhan glamour kepada Raya anda tahun ini tanpa perlu berbelanja mahal. Daripada bahan-bahan segar, kelengkapan dapur, kuih raya dan juga bahan perhiasan, semuanya boleh didapati di Giant! Ketahui tentang rangkaian produk Giant dengan lebih lanjut di sini.

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Jom cuba resipi-resipi ini juga:

Leave a comment