Sedang Cari 'Birthday Cake' Yang Lain Dari Yang Lain? Kek Nasi Lemak Kan Ada!

Kalau dah bosan dengan perisa salted caramel, inilah masanya untuk cuba perisa nasi dengan sambal ;)

  • Cover image via SAYS

Pernah terfikir untuk convert makanan kegemaran rakyat Malaysia ini menjadi kek?

Image via SAYS

Jika anda inginkan sedikit kelainan untuk majlis hari jadi, open house dan sebagainya, surprise tetamu-tetamu anda dengan Kek Nasi Lemak ini:

Bahan-bahan (nasi lemak):
- 3 cawan beras (dibasuh)
- 3 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- Halia (dihiris)
- 2 helai daun pandan
- Garam

Bahan-bahan (sambal):
- 3 sudu besar bawang merah kisar
- 1 sudu kecil bawang putih kisar
- 8 sudu besar cili giling
- 1 cawan air
- 1 sudu besar gula Melaka
- 1 inci belacan bakar
- 2 sudu besar air asam jawa
- Garam
- Minyak

Topping:
- Telur rebus
- Timun
- Ikan bilis
- Kacang

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan-bahan nasi lemak dan rendam selama 20 minit.
2. Masak menggunakan rice cooker.
3. Pindahkan nasi ke dalam springform pan dan tekan sehingga padat dan rata.
4. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
5. Masukkan cili giling dan tumis.
6. Masukkan gula Melaka, belacan bakar, air asam jawa, dan air. Masak hingga pekat.
7. Masukkan garam dan tutup api.
8. Tuang sambal ke atas nasi dan ratakan.
9. Hiasi kek dengan telur rebus, hirisan timun, ikan bilis dan kacang.
10. Hidang!

Keenakan terasa di dalam setiap potongan nasi lemak penuh berperisa disaluti kuah sambal pedas dan dihiasi telur, hirisan timun, ikan bilis dan kacang. Anda mesti cuba kek ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda ;)

Image via SAYS

Adakah anda akan cuba membuat kek ini? Beritahu kami di dalam ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment