videos

Mengidam Kuih Keria Gula Melaka? Guna Resipi Mudah Ni, Tak Perlu Beratur Panjang Lagi!

Patutlah viral kuih ni, kesedapannya memang tak terkata!

Cover image via SAYS

Kalau selalu kuih keria disalut dengan gula biasa, kuih yang kian 'viral' di media sosial ni pula disalut dengan gula Melaka!

Isinya yang lembut dan gebu bertambah sedap dimakan dengan kerak gula Melakanya yang terasa seakan-akan karamel.

Image via SAYS

Teringin nak rasa Kuih Keria Gula Melaka ni? Tak susah pun, cuba resipi mudah ni:

Bahan-bahan:
- 500g keledek putih (direbus)
- ¾ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil garam
- ¼ cawan air
- 150g gula melaka
- 1 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Lenyekkan keledek.
2. Masukkan tepung, baking powder dan garam.
3. Gaul hingga menjadi doh.
4. Bentukkan menjadi kuih keria.
5. Goreng hingga perang.
6. Dalam kuali yang lain, panaskan air, gula melaka dan gula.
7. Gaul hingga pekat, dan masukkan kuih keria.
8. Teruskan mengacau hingga kering.
9. Hidang!

Resipi kuih apa pula yan ingin anda dapatkan? Tinggalkan wishlist anda di ruangan komen di bawah =)

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Cuba resipi kuih-kuih ni pula:

Leave a comment