Begini Caranya Untuk Hasilkan Kuih Sagu Merah Klasik Ini. 'Simple' Dan Sedap!

Menu minum petang dah settle! ;)

  • Cover image via SAYS

Minggu ini, kami ingin berkongsi bagaimana untuk hasilkan kuih manis bersalut kelapa ini iaitu Kuih Sagu Merah! Cukup mudah sebenarnya untuk dibuat sendiri di rumah. ;)

Image via SAYS

Begini caranya:

Bahan-bahan:
- 2 1/2 cawan air
- 1/2 cawan sagu
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu kecil perisa ros
- 1 sudu kecil pewarna merah
- 2 helai daun pandan
- 1 cawan kelapa parut
- 1/2 sudu kecil garam
- Minyak

Cara-cara:
1. Di dalam periuk, masukkan air, sagu, gula, perisa ros, pewarna merah dan daun pandan. Reneh hingga pekat.
2. Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan sagu dan kukus selama 20 minit. Kemudian, sejukkan 20 minit. Kemudian, sejukkan sehingga menjadi keras.
3. Gaul kelapa parut bersama garam.
4. Potong kuih sagu dan salutkan dengan kelapa parut.
5. Siap untuk dihidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment