videos

Inginkan Idea Sahur Yang 'Simple' & Sedap? Jom Ikuti Resipi Kurma Cream Cheese Rolls Ini!

Hanya 7 bahan diperlukan! :D

Cover image via SAYS

Sedang mencari idea best untuk bersahur? Dengan resipi Kurma Cream Cheese Rolls yang berperisa unik dan enak ini, anda pasti tidak sabar untuk bangun awal pagi nanti!

Image via SAYS

Resipi berinspirasikan French Toast ini diberikan sedikit kelainan dengan inti kurma dan keju krim. Begini cara membuatnya:

Bahan-bahan:
- 2 biji telur
- 1 sudu besar susu
- 125g cream cheese
- 1/2 cawan kurma (dibuang biji)
- Roti putih (dibuang kerak)
- 1/4 cawan gula merah
- 1 sudu besar kayu manis
- Minyak

Cara-cara:
1. Pukul telur bersama susu hingga sebati.
2. Untuk inti, gaul cream cheese bersama kurma.
3. Lenyekkkan kepingan roti putih yang sudah dibuang keraknya.
4. Masukkan inti dan gulung.
5. Salut bersama bancuhan telur.
6. Panaskan kuali dan goreng hingga keemasan.
7. Untuk salutan gula, gaul gula merah bersama serbuk kayu manis.
8. Salut roti yang telah digoreng dengan adunan gula dan kayu manis.
9. Siap untuk dihidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment