videos

Ikuti Cara 'Simple' Ini Untuk Hasilkan Lemon Chicken Lagi Sedap Daripada Restoran

Ayam goreng rangup disalut sos masam manis ini pasti digemari seisi keluarga. ;)

Cover image via SAYS

Minat masakan Chinese-style? Hidangan Lemon Chicken yang cukup popular di restoran ini sebenarnya begitu mudah untuk dibuat sendiri di rumah.

Image via SAYS

Begini cara membuatnya:

Bahan-bahan (perapan ayam):
- Paha ayam (dipotong)
- 2 biji telur
- 2 sudu besar kicap masin
- 1 sudu kecil lada sulah
- Tepung jagung
- Beg Zip-loc 

Bahan-bahan (sos):
- 1 cawan stok ayam
- 4 sudu besar madu
- 2 sudu besar gula
- 4 sudu besar jus lemon
- 1 sudu kecil kicap masin
- 1/4 sudu kecil garam
- Hirisan lemon

Bahan-bahan (topping):
- Bijan
- Daun bawang

Cara-cara:
1. Perap ayam dengan telur, kicap masin dan lada sulah selama 30 minit.
2. Masukkan ayam ke dalam beg zip-loc  dan masukkan tepung jagung.
3. Goncang hingga ayam disalut tepung.
4. Goreng hingga keemasan.
5. Untuk sos, didihkan stok ayam dan masukkan madu, gula, jus lemon, kicap masin, garam dan hirisan lemon.
6. Biar didih hingga pekat.
7. Hidangkan ayam dengan sos lemon, daun bawang dan bijan.

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment