Cuba Cara Mudah Ini Untuk Hasilkan Mac & Cheese Yang 'Simple' Dan Sedap

Khas untuk yang gilakan cheese! :D

  • Cover image via SAYS

Minggu ini kami ingin berkongsi dengan anda cara mudah untuk hasilkan Mac & Cheese di rumah! Resipi ini juga menggunakan taburan breadcrumbs untuk memberikan sedikit tekstur rangup kepada hidangan pasta ini.

Image via SAYS

Dapatkan panduan step-by-step di sini:

Bahan-bahan (macaroni):
- Air
- 1 sudu kecil garam
- 200g makaroni

Bahan-bahan (sos):
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum
- 5 cawan susu
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 cawan cheddar
-
1 cawan mozarella

Bahan-bahan (topping):
- Breadcrumbs
- Mixed herbs

Cara-cara:
1. Didihkan air dan masukkan garam. Kemudian masukkan makaroni.
2. Rebus hingga masak. Kemudian toskan.
3. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan susu, garam dan lada hitam.
5. Kacau selama 5 minit.
6. Tutup api dan masukkan cheddar dan mozarella.
7. Kacau hingga pekat.
8. Masukkan makaroni dan gaul hingga rata. Kemudian, masukkan dalam ke bekas bersapu mentega.
9. Tabur breadcrumbs dan mixed herbs.
10. Bakar selama 30 minit pada suhu 175°C.
11. Siap untuk dihidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment