videos

Ingin Tahu Cara Hasilkan Mashed Potatoes Yang Gebu Dan 'Creamy'? Ikuti Resipi Ini

15 minit dah siap!

Cover image via SAYS

Jika minggu lepas anda telah cuba resipi Cheesy Wedges home-made, fokus kepada ubi kentang diteruskan minggu ini dengan resipi Mashed Potatoes

Image via SAYS

Resipi mudah ini mengambil masa lebih kurang 15 minit saja untuk disiapkan! Begini caranya:

Bahan-bahan (mashed potatoes):
- 3 biji ubi kentang (dipotong kiub)
- 2 sudu besar mentega
- 1/2 cawan susu segar
- Garam

Bahan-bahan (sos):
- 2 sudu besar mentega
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang kuning
- 1 cawan stok daging
- Tepung jagung (dibancuh dengan air)
- Garam
- Lada hitam

Cara-cara:
1. Rebus ubi kentang hingga lembut.
2. Lenyekkan ubi dengan mentega, susu segar, dan garam.
3. Untuk membuat sosnya, cairkan mentega.
4. Tumis bawang putih dan bawang kuning.
5. Masukkan stok daging dan biar mendidih.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat..
7. Blend sos hingga halus, jika mahu.
8. Masukkan lada hitam dan garam, dan hidang bersama ubi.

Resipi apa pula yang ingin anda dapatkan di episod akan datang?

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment