videos

Coconut Mango Pancakes & 2 Lagi Pancake Buah-Buahan Anda Boleh Buat Di Rumah!

Buat untuk breakfast pun sedap jugak ni! :D

Cover image via SAYS

Jika korang sukakan pancakes, ini 3 resipi Pancake Buah-Buahan yang paling ringkas anda boleh buat weekend nanti:

1. Coconut Mango Pancakes

Image via SAYS

Bahan-bahan:
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 1 biji telur

Bahan-bahan (topping):
- 1 biji buah mangga (dipotong kiub)
- Kelapa parut kering
- Madu

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, gula, baking powder, baking soda dan santan. Gaul.
2. Masukkan telur. Gaul.
3. Masukkan satu senduk adunan ke atas kuali panas dan masak dengan api kecil.
4. Apabila adunan mula menggelembung, terbalikkan dan masak beberapa minit.
5. Hidangkan pancake dengan buah mangga dan tabur kelapa parut kering sebagai topping.
6. Siap untuk dihidang!

2. Banana Chocolate Chip Pancakes

Image via SAYS

Bahan-bahan:
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu full-cream
- 1 biji telur
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar gula
- 1/3 cawan chocolate chip

Bahan-bahan (topping):
- Pisang (dihiris)
- Sos coklat

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, gula, baking powder dan santan. Gaul.
2. Masukkan telur dan chocolate chip. Gaul.
3. Masukkan satu senduk adunan ke atas kuali panas dan masak dengan api kecil.
4. Hidangkan dengan pisang dan sos coklat.
5. Siap untuk dihidang!

3. Apple Pancakes

Image via SAYS

Bahan-bahan (caramelised apple):
- 3 sudu besar gula
- 2 sudu besar mentega
- 2 biji buah epal
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis

Bahan-bahan (adunan tepung):
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu full-cream
- 1 biji telur
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Untuk caramelised apple, masukkan gula dan mentega. Masak hingga menjadi keperangan.
2. Masukkan buah epal dan serbuk kayu manis.
3. Di dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, gula, baking powder dan santan. Gaul.
4. Masukkan telur dan chocolate chip. Gaul.
5. Masukkan satu senduk adunan ke atas kuali panas dan masak dengan api kecil.
6. Hidangkan dengan caramelised apple.
7. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Image via GIPHY

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment