Hanya 9 Bahan Diperlukan Untuk Hasilkan Salad Tembikai Unik Ini!

Kombinasi salad dengan tembikai ni memang rasa unik. Healthy pulak tu!

  • Cover image via SAYS

Hidangan makanan sihat tidak semestinya boring dan tawar rasa. Salad Tembikai memang enak dengan penggunaan bahan-bahan seperti tembikai merah, keju feta dan kacang walnut untuk memberikannya rasa yang unik.

Image via Giphy

Untuk menjaga kesihatan anda dengan lebih baik, cubalah buat salad ini yang bukan saja enak dimakan, malah dapat membekalkan anda dengan pelbagai nutrien untuk menjalankan aktiviti harian dengan lebih segar dan produktif

Image via SAYS

Begini caranya untuk membuat Salad Tembikai:

Bahan-bahan:
- 1/8 biji tembikai
- 1 pek salad campur
- 1 biji timun Jepun (dipotong kiub kecil)
- 1/2 cawan keju feta
- 10 helai daun pudina (dihiris)
- 1/2 cawan kacang walnut (dicincang)

Bahan-bahan (sos salad):
- 6 sudu besar minyak zaitun
- 6 sudu besar jus limau
- 3 sudu besar madu
- Garam

Cara-cara:
1. Bentukkan isi buah tembikai menjadi bentuk bebola.
2. Untuk sos salad, gaul minyak zaitun, jus limau, madu dan garam hingga sebati.
3. Di dalam mangkuk asing, masukkan salad campur, timun Jepun, bebola tembikai, daun pudina, keju feta dan sos salad. Gaul.
4. Tabur kacang walnut.
5. Salad Tembikai sudah siap!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment