[VIDEO] Dah Bosan Dengan Sandwich Sardin? Cuba 'Try' Sandwich Pizza Pula!

Anda #TeamPepperoni atau #TeamHawaiianChicken?

  • Cover image via SAYS

Teringin makan pizza tetapi baki akaun bank tak mengizinkan?

Image via The Daily Touch

Jangan risau! Pizza versi sandwich ni pun dah cukup awesome:

SANDWICH PIZZA PEPPERONI
Bahan-bahan:
- Roti
- Mentega
- Sos pasta
- Pepperoni
- Mozarella

Cara-cara:
1. Sapukan mentega dan sos pasta ke atas roti
2. Tambah pepperoni dan mozarella
3. Bakar di dalam sandwich maker selama 5 minit*

SANDWICH PIZZA HAWAIIAN CHICKEN
Bahan-bahan:
- Roti
- Mentega
- Sos pasta
- Ayam (yang sudah dimasak)
- Kepingan nenas
- Mozarella

Cara-cara:
1. Sapukan mentega dan sos pasta ke atas roti
2. Tambah ayam, nenas dan mozarella
3. Bakar di dalam sandwich maker selama 5 minit*

*Kalau tak ada sandwich maker, panaskan di dalam frying pan.

Yang paling best, kos untuk satu sandwich ni jauh lebih murah daripada order satu pizza

Kalau selalunya pizza bersaiz regular dijual dalam lingkungan harga RM30, kos untuk satu sandwich pizza ini pula hanya lebih kurang RM4 sahaja untuk rasa dan kualiti yang lebih kurang sama!

Image via Nyheter24

Amacam? Nak try?

Image via SAYS

Leave a comment