lifestyle

Begini Caranya Untuk Hasilkan Spaghetti Goreng Yang Cukup Enak & Pedas. Jom Buat!

Nak hidang untuk tetamu pun sedap jugak ni! :D

Cover image via SAYS

Resipi hidangan Spaghetti Goreng yang cukup simple dan sedap ini khas untuk anda yang sukakan masakan pedas!

Image via SAYS

Begini caranya untuk membuat Spaghetti Goreng:

Bahan-bahan:
- 1/2 paket spaghetti
- 2 sudu garam (rebusan spaghetti)
- 1/2 biji bawang kuning (dipotong kiub)
- 500g daging kisar
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 sudu besar cili boh
- 1 1/2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
- Sedikit air rebusan spaghetti
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1/2 biji lada benggala kuning (dihiris)
- 1/2 biji lada benggala hijau (dihiris)
- Minyak
- Mixed herbs

Cara-cara:
1. Rebus spaghetti dan masukkan garam. 
2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan masukkan bawang kuning.
3. Tumis sehingga naik bau dan masukkan daging kisar.
4. Masukkan bawang putih, cili boh, sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air rebusan spaghetti. Gaul.
5. Masukkan cili merah, lada benggala kuning dan hijau.
6. Masukkan spaghetti yang sudah direbus. Gaul.
7. Tabur mixed herbs.
8. Spaghetti Goreng sudah siap!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Suka resipi ini? Dapatkan resipi-resipi lain juga!

You may be interested in:

Leave a comment