videos

Ingin Tahu Cara Paling Mudah Untuk Buat Spicy Korean Fried Chicken? Ikuti Resipi Ini!

Tak perlu makan di luar lagi ;)

Cover image via SAYS

Jika anda sudah lama mengidam Spicy Korean Fried Chicken tetapi sedang saving, kini anda boleh membuatnya dengan mudah di rumah

Image via SAYS

Rasanya pun jauh lebih sedap! Memang berbaloi :D

Ikuti resipi mudah ini:

Bahan-bahan (perapan ayam):
- Kepak ayam
- ½ cawan buttermilk

Campuran tepung:
- ½ cawan tepung ubi kentang
- 1 sudu besar garlic salt
- 1 sudu besar baking powder
- 1 sudu besar lada hitam

Bahan-bahan (sos):
- 1 sudu besar madu
- 4 sudu besar pes cili Korea (Gochujang)
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 ulas bawang putih
- ½ sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar minyak bijan

Cara-cara (perapan ayam):
1. Perapkan ayam dengan buttermilk selama 20 minit.
2. Dalam mangkuk lain, gaul tepung ubi, baking powder, lada hitam dan garlic salt.
3. Masukkan ayam dan salut dengan tepung.
4. Goreng ayam hingga keemasan.

Cara-cara (sos):
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan pes cili Korea (Gochujang), sos tomato, kicap masin, madu, minyak bijan, dan cuka. Gaul.
3. Apabila sudah dimasak, tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng dan gaul.
4. Taburkan bijan dan daun bawang ke atas ayam.
5. Siap untuk dihidang! :D

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Suka resipi ini? Dapatkan resipi yang lain-lain juga!

Leave a comment