Tauhu Bergedil Ini Nampak 'Complicated' Tapi Sebenarnya Sangat Senang Untuk Dibuat!

Hanya 5 bahan diperlukan!

  • Cover image via SAYS

Minggu ini kami mendapat inspirasi untuk cuba hidangan Tauhu Bergedil yang semakin popular ini. Tauhu goreng rangup bersalut telur ini berintikan bergedil dan sedap dimakan untuk minum petang!

Image via SAYS

Cara membuatnya pun senang, hanya 5 bahan saja diperlukan! Begini caranya:

Bahan-bahan: 
- 2 biji ubi kentang (direbus)
- 200g daging kisar (dimasak)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada putih 
- 3 sudu besar daun bawang
- Tauhu (digoreng)
- Telur

Bahan-bahan (topping):
- Cili padi
- Bawang goreng
- Daun bawang

Cara-cara:
1. Lenyekkan ubi kentang.
2. Masukkan daging kisar, daun bawang, garam dan lada putih.
3. Sumbat inti ke dalam tauhu goreng.
4. Salut dengan telur dan goreng hingga warna keemasan.
5. Tabur cili padi, daun bawang dan bawang goreng sebagai topping. 

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment