videos

'Surprise' Tetamu Anda Waktu Raya Nanti Dengan Resipi Teh Tarik Madu Ini!

Sekali-sekala tukar menu minuman Raya pun sedap juga!

Cover image via SAYS

Nak hidang minuman lain dari yang lain untuk tetamu-tetamu Raya nanti? Tentu happening kalau anda hidang Teh Tarik Madu ini:

Bahan-bahan:
- 500ml air mendidih
- 3 sudu besar serbuk teh
- 3 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar madu

Cara-cara:
1. Bancuh serbuk teh dalam air mendidih selama lebih kurang 10 minit.
2. Tapis.
3. Masukkan susu pekat dan madu; kacau.
4. Tarik sehingga berbuih.
5. Hidang! Tambah ais jika mahu.

Untuk mendapatkan buih yang banyak, pastikan air yang digunakan betul-betul panas. Elakkan juga daripada menggunakan teh uncang kerana bancuhan tidak akan menjadi sepekat yang diingini.

Image via SAYS

Resipi minuman apa pula yang ingin anda lihat selepas ini? Beritahu kami dalam ruangan komen di bawah!

Image via Reaction GIFs

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Dah ready nak sambut tetamu-tetamu ni esok? ;)

Leave a comment