Ini Cara Buat Masak Lemak Cili Api Yang Ringkas Tapi Sedap. 10 Minit Dah Siap!

Resepi udang masak lemak cili api ini sangat senang untuk dihasilkan. Khas untuk sesiapa yang suka masakan seafood pedas!

  • Cover image via SAYS

Jika anda jenis yang tak boleh miss masak lemak setiap kali makan nasi campur, resipi minggu ini memang perfect untuk anda!

Image via SAYS

Memang tak boleh nak describe betapa nikmatnya makan kuah lemak dengan nasi putih panas-panas...
memang terangkat!

Image via SAYS

Nak try buat sendiri di rumah? Resipi Masak Lemak Cili Api ni menggunakan 9 ​bahan saja, tetapi rasanya memang tiada ​tandingan! ​Begini​ caranya:

Bahan-bahan:
- 500g udang
- 10 cili padi
- 2 inci kunyit hidup
- 1 cawan santan pekat
- 1 batang serai
- Garam
- Air
- Minyak masak
- Daun kunyit (dihiris)

Cara-cara:
1. Kisar cili padi dan kunyit hidup.
2. Panaskan minyak dan tumis pes cili padi dan kunyit hidup.
3. Masukkan santan dan serai, dan kacau sentiasa.
4. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
6. Masukkan garam dan kacau.
7. Tabur dengan hirisan daun kunyit dan hidang.

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Leave a comment