11 Restoran Masakan Kelantan 'Sedak Belako' Yang Wajib Anda Cuba Di KL & PJ

Nasi tumpang, sup belut, kuih akok.. semua ada!

1. House Of Nasi Kerabu

Inginkan Nasi Kerabu dengan lauk yang istimewa? Nasi Kerabu di sini bukan biasa-biasa saja! Pilih daripada pelbagai lauk yang lain daripada lain seperti daging Wagyu, Lamb Chop, Ketam Percik, Udang Galah dan banyak lagi.

Alamat: House Of Nasi Kerabu, Lot G89, Jalan SG Prima 3, Prima Seri Gombak, Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi:
11 pagi - 11 malam (Selasa - Jumaat)
11 pagi - 11.30 malam (Sabtu & Ahad)
Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +603 6188 2426

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

2. Nasi Kak Wok

Sesi food-hunting masakan Kelantan tak akan lengkap jika anda belum berkunjung ke Restoran Nasi Cikgu Sue. Terkenal dengan masakan asli yang teramat sedap, hidangan mesti-cuba di sini ialah hidangan signaturenya iaitu Nasi Cikgu Sue. Nikmati nasi putih panas-panas dihidangkan dengan ayam goreng, kuah berempah dan sambal belacan. Memang terangkat!

Image via Nasi Cikgu Sue

Yang sukakan kuih akok boleh dapatkannya di sini juga! Teksturnya elok berkedut dan rasanya pula tidak terlalu manis. ;)

Cawangan: Ampang | ITBM Wangsa Maju

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

3. Restoran Tuu Dok Ko @ Batu Caves

Image via Azwan Rahman

Restoran ini menjadi tumpuan ramai untuk hidangan breakfast yang cukup menyelerakan. Untuk yang sukakan Laksam bolehlah mencuba hidangan lemak berkrim ini di restoran ini. Nasi Dagang pun ada!

Alamat: Restoran Tuu Dok Ko, Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudra, Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi:
6.30 pagi - 5pm (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +6012 605 5415

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

4. Gerai Amer Kelantan @ Chow Kit

Bukan mudah untuk mencari Sup Belut di KL, tetapi hidangan special ini ada tersedia di Gerai Amer Kelantan ini! Untuk sedikit kelainan, anda boleh juga mencuba Maggi Tom Yam Belut di sini.

Alamat: Gerai Amer Kelantan, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Chow Kit, Kuala Lumpur

No. Telefon: +6013 449 6969

Status: Halal

5. Restoran MZ Darul Naim @ Kampung Baru

Image via VITDAILY

Image via FriedChilies

Dengan pilihan lauk power semuanya, tidak hairanlah mengapa kedai nasi campur ini sentiasa penuh setiap kali waktu makan tengah hari menjelma. Daripada gulai kawah ke ikan masak singgang, semuanya ada di sini. Jangan lupa cicah budu!

Alamat: Restoran MZ Darul Naim, No. 64, Lorong Haji Hussein 2, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 7 pagi - 1 pagi (setiap hari)

No. Telefon: +6019 905 1130

Status: Halal

6. Choleq @ Kajang

Rojak versi Pantai Timur di restoran Choleq ini pasti menangkap selera! Rojak penuh oomph ini dihidangkan dengan udang celup tepung, keropok ikan dan sayuran segar.

Image via fbcdn.net

Selain itu, anda juga boleh mencuba pelbagai pilihan lauk seafood yang menggabungkan masakan Kelantan dan Thai di sini!

Alamat: No. 1, Aras G, Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral, Kajang

Waktu Operasi: 5 petang - 2 pagi (setiap hari)

No. Telefon: +6011 2158 8446

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

7. Restoran Nasi Kerabu Keramat @ Taman Sri Rampai

Peminat Nasi Kerabu pastinya tidak mahu terlepas untuk mencuba hidangan klasik ini di sini, dihidangkan lengkap bersama solok lada dan daging bakar.

Image via fbcdn.net

Selain Nasi Kerabu, anda boleh juga mencuba Nasi Tumpang authentic di sini!

Alamat: Restoran Nasi Kerabu Keramat, No. 9, Jalan 46B/26, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
7.30 pagi - 6 petang (Sabtu - Khamis)
Tutup setiap Jumaat

No. Telefon: +603-4143 2778

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

8. Kak La Nasi Berlauk @ Sentul

Nasi berlauk di sini cukup popular untuk sarapan pagi, jadi pastikan anda datang awal sebelum lauk habis! Antara pilihan lauk di sini termasuklah puyuh goreng, gulai ayam kampung, dan daging bakar.

Jangan lupa untuk cuba Nasi Kerabu yang cukup memuaskan juga di sini! Dihidangkan dengan ayam goreng panas-panas, nasinya dilengkapkan lagi dengan kerisik dan kuah sambal kick!

Alamat: Kak La Nasi Berlauk, No. 653, Jalan Changkat, Sentul, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
7.30 pagi - 12 malam (Jumaat - Rabu)

Status: Halal

9. Kelantan Stop USJ @ USJ

Mengutamakan konsep "harga kaki lima, rasa lima bintang", anda boleh menjamah Nasi Kerabu dan Nasi Kak Wok budget-friendly di sini!

Alamat: Kelantan Stop USJ, No. 2, Jalan USJ 14/1l, USJ 14, Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi:
7.30 pagi - 7 malam (Isnin - Sabtu)
Tutup setiap Ahad

No. Telefon: +6019 272 9040

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

10. Restoran Capital @ Uptown Damansara

Yang inginkan Nasi Dagang Kelantan pula bolehlah berkunjung ke kedai bertempat di Uptown Damansara ini! Lengkapkan nasi dagang anda bersama pelbagai pilihan lauk klasik seperti Gulai Ikan Tongkol.

Alamat: No. 29, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:
8.30 pagi - 9 malam (Isnin - Sabtu)
8.30 pagi - 4.30 petang (Ahad)

No. Telefon: +6012 921 5200

Status: Halal

Dapatkan maklumaat lanjut di: Facebook

11. Chunburi Seafood @ Kampung Baru

Selain masakan seafood menarik, ramai yang rambang mata jadinya dengan pilihan kuih-muih asli Kelantan di sini! Jika inginkan Lompat Tikam asli, di sinilah tempat untuk mencubanya.

Untuk yang sukakan Pulut Mangga, bolehlah mencuba dessert popular ini di sini juga!

Alamat: No. 7 Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur 

Waktu Operasi: 12 tengah hari - 12 malam (setiap hari)

No. Telefon: +6012 303 0176

Status: Halal

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Leave a comment