videos

[VIDEO] Ditahan Sebab Tak Pakai Helmet, Wanita Ini Mengamuk Dan Gigit Tangan Polis Trafik

Sampai berbekas tangan!

Cover image via Ferdinansyah / Facebook

Sejak semalam, viral di media sosial menunjukkan seorang wanita yang berang apabila ditahan oleh polis trafik ketika beliau sedang menunggang motosikal

Kejadian yang berlaku di Ipilo, Utara Sulawesi, Indonesia ini telah viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Ferdinansyah telah berkongsi dua video yang berdurasi lebih dari 30 saat itu di akaun Facebook miliknya. Ketika artikel ini ditulis, post ini telah mencapai 205K lebih perkongsian dan lebih 14 juta tontonan.

Menurut Ferdinansyah, polis berkenaan telah menahan wanita tersebut atas kesalahan tidak memakai topi keledar

Namun, wanita terbabit dengan sombongnya telah mengeluarkan wang dari beg beliau sebelum menghentak-hentak duit di dada anggota polis berkenaan.

Dalam video kedua pula, wanita terbabit menolak motosikalnya dan melanggar anggota polis berkenaan sebelum menggigit tangan kanannya sehingga meninggalkan bekas gigitan

Anggota polis berkenaan hanya tenang dan tidak membalas perbuatan wanita tersebut walaupun wanita tersebut telah bertindak di luar kawalan.

Majoriti komen netizen mengecam wanita terbabit dan menyanjungi anggota polis berkenaan kerana tidak menyerang balik

Kudos kepada anggota polis terbabit yang sabar dan tabah melayan karenah wanita tersebut! Tahap kesabaran yang tinggi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lelaki ini bertindak menyerang anggota polis dari belakang.

Tiada lagi caj 20 sen jika BN tawan Selangor.

Leave a comment