-
Pengenalan
Apa itu SAYS?
SAYS ialah rangkaian berita, menyampaikan topik-topik berita terhangat dan terkini, disiarkan oleh orang ramai. Bertujuan untuk membongkar dan berkongsi semua informasi terkini yang anda patut tahu, filem terbaru, acara, peraduan dan video dengan rakan-rakan anda, sambil mendapat ganjaran dengan berkongsi.
Apa yang saya boleh buat di SAYS?
-
Ikuti cerita, bukan sumber
-
Notifikasi Cerita
Ikuti cerita yang anda mahu ikuti. Apabila ada sumber baru tentang cerita tersebut, kami akan menghantar notifikasi kepada anda.
-
Cerita harian terkini
Jangan ketinggalan dengan apa yang diperkatakan di pelusuk negara. Dapatkan isyarat notifikasi dari kami melalui Facebook / Twitter / Emel Harian.
-
Ketahui & Bina reputasi sosial anda
-
Kenali sejauh mana pengaruh anda
Pernahkah anda terfikir berapa ramai orang yang klik pada link yang anda telah kongsi? Ketahui dan kembangkan pengaruh anda!
-
Menyumbang berita terkini
Tambah pendapat, sumber, dan cerita anda untuk membantu orang ramai mengenali sudut berita baru yang mungkin mereka telah ketinggalan. Jumpa orang seperti anda, mahupun berjumpa kawan baru.
Siapa boleh menyertai SAYS?
Sesiapa sahaja yang suka berkongsi perkara dan berita yang kool dengan rakan-rakan melalui laman web media sosial! SAYS kini berada di Malaysia, India, Philippines, dan Singapura. Daftar sekarang.
Apakah Lawatan Unik (U.V.)?
Lawatan Unik (U.V) untuk ahli SAYS di Malaysia, ialah klik pada pautan Special dari pelawat unik yang datang dari dalam Malaysia.
Adakah saya perlu membayar apa-apa untuk membuat akaun di SAYS?
Tidak, semuanya percuma.
Adakah saya perlukan apa-apa yang istimewa untuk menggunakan SAYS?
Jika anda mempunyai akaun sosial media seperti Facebook, Google+, Twitter dan lain-lain dan anda juga suka berkongsi pelbagai cerita yang kool, anda boleh sertai kami. Sertai kami sekarang!
Bagaimana saya boleh menjadi sebahagian daripada SAYS?
Pergi ke http://says.com/my dan klik butang "Sign up" untuk membuka akaun SAYS anda. Anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun anda dimana, satu link pengaktifan akan dihantar melalui emel. Semak emel anda, klik pada link pengaktifan yang diterima dan anda akan dihantar ke halaman utama dan anda boleh terus menggunakan akaun SAYS!
Mengapa saya tidak menerima email pengaktifan saya?
Emel pengaktifan selalunya mengambil masa selama 5 minit untuk smpai ke akaun emel anda bergantung kepada keadaan trafik emel pada masa itu. Selain itu, emel pengaktfan itu juga mungkin masuk ke dalam ruang Spam atau Junk emel anda. Jika ia mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke akaun emel anda, sila maklumkan kepada kami melalui butang "Talk To Us" di bahagian bawah SAYS Dashboard anda supaya kami boleh membantu anda. Anda mestilah log in ke akaun anda untuk melihat Dashboard SAYS anda.
Apakah dimaksukkan dengan ‘Story’?
‘Story’ SAYS membolehkan anda menerima semua cerita-cerita baru yang anda perlu tahu dengan pantas. Hanya dengan sekali pandang, anda boleh dedahkan diri anda kepada pelbagai perspektif dan konteks bagi sesuatu cerita melalui petikan artikel, menonton video dan melihat gambar.
Bagaimana saya boleh mulakan sesuatu ‘Story’?
Log masuk atau daftar di laman web SAYS dan klik 'Start a story' di sebelah kanan atas halaman, bersebelahan dengan imej profil anda. Tahu lebih lanjut bagaimana anda boleh mulakan sesuatu cerita.
Bolehkah saya mempromosi laman web saya dalam cerita tersebut?
Jika anda seorang blogger atau pemilik sebuah website, anda boleh menyumbang pos blog anda dalam Story di SAYS jika ianya relevan untuk cerita tersebut. Elak dari meletakkan URL web anda pada tajuk cerita berkenaan. Pelawat akan menyukai isi cerita tersebut jika isi tersebut menarik perhatian kepada mereka, jadi diingatkan apabila anda mahu memulakan cerita tentang website anda, pastikan ianya bukan seperti iklan jualan. Fikirkan cara yang kreatif dan baru untuk mendedahkan isi laman web anda kepada dunia luar dengan mewujudkan cerita yang boleh dikaitkan dengan sumber yang lain. Lihat kembali pada tajuk cerita terbaru di tab Stories untuk melihat cerita jenis apa patut disiarkan di papan cerita utama.
-
Tetapan Profil
Bagaimana saya boleh muat masuk atau mengemas kini gambar profil saya?
- Log masuk ke http://says.com/my
- Klik pada gambar/avatar pada bahagian atas kanan laman web
- Klik pada butang Pilihan 'Preferences' pada menu drop-down
- Di seksyen profil imej, klik 'Choose File' dibawah imej profil
- Pilih fail untuk di muat masuk sebagai avatar. Kami syorkan anda muat masuk gambar terbaru anda supaya orang ramai boleh mengenali anda dengan mudah! Gambar anda hanya boleh bersaiz sebesar 3MB dan berformat: JPG, GIF, atau PNG.
- Selepas anda pilih fail tersebut, klik 'Save my preferences' di bahagian bawah halaman web.
Kemaskini butir-butir peribadi anda seperti Nama Penuh (anda boleh pilih untuk sembunyikan butiran nama anda daripada ahli SAYS yang lain dengan membuang tanda semak di kotak ‘Show my full name on my profile'), Tentang Saya, and Nombor Telefon.
Bagaimana saya boleh menukar kata laluan saya?
- Log masuk ke http://says.com/my
- Klik pada gambar/avatar anda di bahagian atas kanan halaman web SAYS
- Klik pada butang Pilihan (Preferences) pada menu drop-down
- Di seksyen Tukar Kata Laluan (Change Password), taip kata laluan anda yang baru di ruang Tukar Kata Laluan (Change Password) dan sekali lagi di ruang Tetapan Kata Laluan (Confirm Password) untuk menetapkan pertukaran tersebut
- Klik 'Save my preferences' di bahagian bawah halaman web
Mengapa saya tidak boleh menukar alamat emel dan butiran profil?
TIni adalah untuk memastikan keselamatan butiran anda kerana ia penting bagi membolehkan anda menerima Special yang bersesuaian untuk disiarkan. Anda tidak diberi akses untuk menukar tarikh lahir, jantina, nombor telefon dan alamat emel. Jika anda ingin membuat pertukaran pada mana mana butiran tersebut, emel butiran anda ke
helpdesk@says.com
untuk pengesahan selanjutnya.
Bolehkan saya menukar username saya?
Anda tidak boleh menukar username anda.
Apa akan terjadi apabila saya tidak melengkapkan butiran profil saya?
Anda masih lagi akan menerima Special untuk disiarkan, tetapi anda mungkin tidak dapat menerima semua Special yang anda patut terima.
Bagaimana saya boleh menyahaktifkan akaun saya?
Jika anda ingin menyahaktifkan akaun anda, sila hubungi admin dengan menghantar emel ke
helpdesk@says.com.
Sila tuliskan sebab mengapa anda ingin menyahaktifkan akaun anda. Selepas menyahaktifkan akaun, anda tidak lagi diberi akses untuk log in ke akaun anda, tetapi semua data sejarah anda akan disimpan.
Nota: Sebaik sahaja akaun dinyahaktif - tidak ada cara lagi untuk kembalikan akaun itu.
-
Memulakan ‘Story’
Apakah itu Story?
‘Story’ SAYS membolehkan anda menerima semua cerita-cerita baru yang anda perlu tahu dengan pantas. Hanya dengan sekali pandang, anda boleh dedahkan diri anda kepada pelbagai perspektif dan konteks bagi sesuatu cerita melalui petikan artikel, menonton video dan melihat gambar.
Bagaimana saya boleh mulakan sesuatu Story?
Log Masuk atau daftar di laman web SAYS dan klik 'Start a story' di sebelah kanan atas halaman, bersebelahan dengan imej profil anda. Tahu lebih lanjut bagaimana anda boleh mulakan sesuatu cerita.
Apakah itu Segment?
Segments lebih kurang seperti bab- bab sesuatu cerita. Segments membolehkan anda mengkategorikan sumber-sumber berita berdasarkan perkembangan sesuatu Story. Segment yang bagus dapat menolong orang mengenal pasti titik-titik perkembangan sesuatu Story itu dan hanya mengandungi imej, video dan artikel-artikel yang berkaitan dengan segment tersebut. Had aksara bagi tajuk sesuatu Segment ialah 70. Bagi pengguna lain yang berminat dengan sesuatu story itu, boleh menambahkan Segment pada story tersebut.
Bagaimana saya boleh menambah segment?
Log Masuk atau daftar di laman web SAYS dan klik pada story yang anda ingin tambahkan segment. Klik pada ‘Add new segment’ dan taipkan tajuk segment yang bersesuaian dan klik butang ‘Add’. Setelah anda menekan butang Add, segment anda akan ditambahkan kepada story dan akan sedia untuk diisikan sumber-sumber (artikel, gambar, dan video-videoYouTube). Pelajari cara untuk mulakan story yang bagus. Pelajari cara untuk mulakan story bagus.
Berapa banyak segments yang boleh dimasukkan dalam story?
Tiada had bagi bilangan segments. Untuk menghasilkan cerita yang seimbang, anda boleh tambah sebanyak mana segments yang berkaitan yang anda mahu dan isikannya dengan sumber-sumber yang berkaitan dengan segments tersebut.
Adakah sumber-sumber di dalam story boleh dipercayai?
Kesemua sumber dalam story adalah link-link dari laman berita, blog, YouTube and sumber media lain-lain. Setiap sumber dalam story diberi kredit di kad sumber yang ia muncul dalam dan dengan menekan pada sumber artikel, laman original akan muncul di window yang baru.
Bagaimanakah saya boleh menambah artikel, gambar atau video Youtube pada story?
Mudah sahaja, cuma log masuk atau daftar pada SAYS dan buka story yang anda mahu tambahkan sumber, tekan pada contribute a new source [+], pilih jenis sumber (Artikel, Gambar, video YouTube) yang anda mahu dengan menekan pilihan yang diberi dalam kotak pilihan. Katakan anda mahu tambahkan video Youtube, anda boleh menekan Youtube option dalam kotak contribute a new source, letakkan link video Youtube dan tekan butang add this source, sumber anda akan diproseskan dan akan diberi pilihan untuk edit/check:
- Title of the video jika ia Video sumber, dan
- Main excerpt and Title of the source jika ia Artikel, atau
- Write a caption for the image jika ia Gambar.
Jika semua kelihatan okay, tekan butang add this source dan voila! Sumber baru anda akan ditambahkan.
Adakah saya dibenarkan untuk post Specials dalam story?
Tidak, anda tidak dibenarkan mempromosikan Special links anda ke dalam mana-mana story. Tindakan akan diambil ke atas sesiapa yang spam URLs unik mereka dalam story.
Bolehkah saya mempromosikan laman web saya dalam story?
Jika anda seorang blogger atau pemilik sesebuah laman web, anda boleh menyumbang post blog anda pada story hanya jika ia relevan pada story tersebut. Elakkan daripada meletakkan URL pada tajuk story. Kebanyakan orang suka menemui isi kandungan, asalakn ia menarik bagi mereka, oleh itu jika anda mahu mulakan story tentang laman web anda, ia tidak patut dipromosikan secara berlebihan. Fikirkan cara baru untuk memaparkan isi kandungan laman web anda kepada dunia dengan menghasilkan story bersama sumber-sumber lain yang berkaintan. Cuba lihat stories yang dipaparkan hari ini di dalam saluran Stories untuk melihat jenis-jenis stories yang berpatutan.
Bagaimanakah saya boleh dapatkan story saya dipaparkan di SAYS?
Editor-editor kami sentiasa mencari stories yang paling perlu diberi perhatian untuk dipaparkan seharian pada Frontpage di SAYS. Apabila story anda mengandungi sumber-sumber yang bagus dan memberi orang ramai pandangan yang menyeluruh dari setiap sudut akan sebuah topic yang relevan, story anda berkemungkinan besar akan dikenalpasti oleh editor Negara anda. Cuba lihat stories yang dipaparkan hari ini di dalam saluran Stories untuk melihat jenis-jenis stories yang berpatutan.
Adakah saya akan dapat apa-apa dari penyiaran story?
Anda akan menerima peluang untuk dikenali sebagai Top Broadcaster apabila anda diantara kalangan yang berkongsi story dengan bilangan orang yang paling ramai. Terima Contribution Points untuk menyiarkan story juga (tidak lama lagi!).
-
Ajak rakan anda
Bagaimana saya boleh ajak rakan saya untuk daftar di SAYS?
Daftar masuk di SAYS, dan klik Invite Friends di menu "drop-down" di bahagian kanan atas laman SAYS anda.
Saya telah mengajak kawan daftar di SAYS. Mengapa saya belum mendapat ganjaran?
Ini untuk memastikan bahawa seseorang Broadcaster itu benar-benar mengajak rakan mereka ke SAYS, dan seterusnya membantu mereka yang masih baru di SAYS, untuk berkongsi Specials. Setelah seseorang rakan yang telah anda ajak itu menerima 3 lawatan unik (unique visits), ganjaran anda akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun SAYS anda.
-
Code of Honour
Pengguna SAYS - "Keep it real"
Apabila kita berkongsikan Special dengan rakan-rakan, kita harus "Keep it real". Maksudnya, kita "berpegang kepada kebenaran".
Kita bukan di sini untuk menipu atau memanipulasikan aktiviti berkongsi dengan rakan-rakan. Komuniti SAYS telah mengambil masa bertahun-tahun untuk membina kepercayaan dengan para pengiklan. Mereka bekerja keras untuk membina jenama dan produk yang anda gemari. Mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada anda, sebagai wakil dari SAYS, untuk berkongsikan benda-benda yang menarik dengan rakan, dan untuk memastikan kita berpegang kepada kebenaran ini. Atas sebab inilah, kita dibayar dengan wang ringgit.
Mengapa "Keep it real?"
-
Jika kita "keep it real", kita akan bina lebih kepercayaan, lantas kita boleh dapat lebih Specials dan ganjaran wang ringgit.. Jika anda cuba untuk memanipulasikan sistem, para pengiklan tidak mahu bekerjasama dengan SAYS. Maka tamatlah episod SAYS untuk anda, dan juga untuk semua yang lain.
-
Jika anda berpegang kepada kebenaran, anda akan menerima wang ringgit yang anda usahakan secara wajar (dan Halal).. Jika anda cuba manipulasikan sistem, anda juga sedang mencuri wang yang bukan milik anda. Seluruh komuniti pengkongsi yang jujur di SAYS mengharapkan supaya anda tidak mencuri wang mereka.
-
Jika anda "keep it real", anda akan terima wang ke akaun bank tanpa masalah, seperti mereka yang lain. Jika anda cuba untuk menipu hanya SATU klik, ada kemungkinan sistem akan "suspend" request cash out, ban anda untuk selamanya, dan anda akan hilang semua wang yang telah anda kumpul di dalam akaun. Jangan lakukan.
5 Tiang "SAYS Sharer Code of Honour"
-
Pengkongsi sejati berkongsi seperti seperti sedia kala
Bila anda berkongsikan sesuatu yang menarik dengan rakan-rakan, mungkin anda akan post di Facebook, Twitter atau blog anda. Kadangkala anda akan "tag" rakan-rakan, atau beri deskripsi mengapa link tersebut amat menarik bagi anda. Kita adalah generasi media sosial, kita tahu bagaimana cara untuk berkongsikan benda-benda yang best dengan rakan-rakan. Begitu juga dengan SAYS, kita berkongsi seperti mana kita telah terbiasa selama ini.
-
Pengkongsi sejati tidak menipu atau meminta orang untuk klik link mereka
Pengguna SAYS tidak akan menyuruh orang lain untuk klik "unique link" mereka, termasuk menggunakan ayat seperti 'Klik link ini', 'Tolong saya klik', atau ayat-ayat yang sewaktu dengannya; atau menggunakan teknik-teknik yang tidak telus untuk mendapatkan klik, termasuk (dan tidak hanya) menggunakan ayat-ayat atau gambar-gambar yang tiada kaitan dengan kandungan di link tersebut! Itu adalah kejam.
-
Pengkongsi sejati tidak akan "spam"
Pengguna SAYS tidak akan berkongsikan link di Page atau laman web yang bukan milik mereka. Khususnya Page Facebook SAYS, Facebook Page Jenama, Forum-forum, dan Laman web cari kerja. Apabila anda berkongsi, anda mewakili SAYS, dan SAYS sama sekali TIDAK "spam".
-
Pengkongsi sejati tidak meninggikan Unique Visit (U.V.) dengan cara yang tidak semulajadi.
Pengguna SAYS tidak akan klik "unique link" mereka sendiri, atau meninggikan klik-klik secara tiruan. Ini bermaksud menggunakan skrip pop-up automatik, 'membersihkan cookies', menggunakan mesin-mesin yang berlainan, klik ring (Grup-grup 'saya klik untuk anda, anda klik untuk saya'), dan sebarang cara yang luar biasa berbanding cara biasa anda berkongsikan link menarik dengan rakan.
-
Pengkongsi sejati tidak menggunakan pelbagai akaun atau identiti palsu di SAYS
Pengguna SAYS hanya menggunakan SATU akaun SAYS dan tidak akan cuba untuk membuka akaun-akaun tambahan. SAYS adalah komuniti di mana pengguna sejati berkongsikan benda-benda menarik dengan rakan mereka. Cubaan untuk menyamar menjadi orang lain, membuka akaun-akaun tambahan atau menyamar sebagai sesuatu organisasi akan menghakis kepercayaan ini dan akan memudaratkan komuniti.
Ingat:
Jika anda ragu-ragu, ingat sahaja prinsip 'berpegang kepada kebenaran'. Ini akan memastikan anda akan dapat cash out, seperti orang lain, dan menjamin masa depan SAYS.
Berpandukan Terma dan Syarat menggunakan SAYS, anda harus menerima, memahami dan memperutuhkan "SAYS Code of Honour", dan sentiasa berpegang kepada kebenaran.