11 Kafe Moden “Mesti Kunjung” Yang Menjadi Kebanggaan Orang Shah Alam
Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai kafe hipster kini menjadi trend dikalangan warga kota. Bukan sahaja di PJ dan TTDI, kafe sebegini juga dilihat banyak "tumbuh" di Shah Alam. Di sini, kami di SAYS mengumpulkan kepada anda 11 kafe terbaik yang boleh anda kunjungi.
Cover image via www.vangohcreative.com1. Foodsbury
Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pelbagai jenis kopi seperti *Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise* dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh menikmati makanan barat klasik dan lazat seperti *Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti*. Kepada penggemar pencuci mulut, boleh cuba menu *best-seller* mereka seperti ***Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies*** dan kek cawan berwarna-warni. Layari [Instagram](https://instagram.com/foodsbury/) dan [Facebook](https://www.facebook.com/Foodsbury) Foodsbury.
**Status**: Halal
**Alamat**: Foodsbury Cafe @ Wisma Faizazrina 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
**Waktu operasi**: Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam.
**Telefon**: +6013-386 1848
Image via Instagram @foodsbury
Image via Instagram @foodsbury
Image via Instagram @foodsbury
Image via Instagram @foodsbury
Image via Instagram @foodsbury
Image via Instagram @foodsbury
Kalau anda susah nak pergi ke kafe-kafe hipster kerana tiada transport, gunalah [kupon MyTeksi](http://coupon.says.com/myteksi-coupons/) ini yang hanya caj RM2 di antara Shah Alam!
2. Chemistry Café+Lab
Chemistry Café+Lab adalah kafe pertama yang menggunakan **konsep makmal dalam kafe**. Lebih menarik, kafe ini menggunakan peralatan makmal tulen untuk pelanggan bagi mengalami persekitaran makan dalam makmal. Selain itu, ia turut mempunyai reka bentuk dalaman yang disifat sebagai aneh. Khusus dalam kopi dan minuman, kafe ini juga menawarkan pelbagai jenis kek dan pastri yang menyelerakan. Layari [Instagram](https://instagram.com/chemistrycafe/) dan [Facebook](https://www.facebook.com/chemistrycafe/timeline) Chemistry Café+Lab.
**Status**: Halal
**Alamat**: 26 Jalan Kristal J7/J Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia.
**Waktu operasi**:
Isnin – Khamis = 12 tengahari hingga 1 pagi
Jumaat = 3 petang hingga 1 pagi
Sabtu & Ahad = 10 pagi hingga 2 pagi
**Telefon**: +6017-6262 7979
Image via Instagram @chemistrycafe
Image via Instagram @chemistrycafe
Image via Instagram @chemistrycafe
Image via Instagram @chemistrycafe
Image via greedycats.blogspot.com
Image via Instagram @chemistrycafe
Image via Instagram @chemistrycafe
3. Cake Jalan Tiung
Diusahakan oleh pasangan berkahwin **Shafinaz dan Hidzat**, bekas pegawai bank itu berkata, dia mula mengasah bakat dalam seni membuat kek sejak beberapa tahun yang lalu kerana suaminya sukakan manisan. Maka wujudlah Cake Jalan Tiung, sebuah cafe kek yang cantik dengan hiasan dalaman yang amat memikat. Hidangan kek yang dijual juga sangat enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan. Layari [Instagram](https://instagram.com/cakejalantiung/) dan [Facebook](https://www.facebook.com/cakejalantiung) Cake Jalan Tiung.
**Status**: Halal
**Alamat**: 31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
**Waktu operasi**: Rabu – Ahad = 12 tengahari hingga 8 malam. Tutup pada Isnin dan Selasa.
**Telefon**: +6012-9512 887
Image via Instagram @cakejalantiung
Image via Instagram @cakejalantiung
Image via Instagram @cakejalantiung
Image via Instagram @cakejalantiung
Image via Instagram @cakejalantiung
4. Kopimeo
Pasangan berkahwin **Meor dan Leena** membuka kafe ini dengan satu visi iaitu menjadikannya salah satu kafe kontemporari paling digemari ramai dengan menyediakan hidangan lazat disertakan sentuhan klasik barat sambil mengekalkan ciri-ciri tempatan dalam setiap hidangan. Info lanjut sila ayari [Instagram](https://instagram.com/kopimeo/) Kopimeo.
**Status**: Halal
**Alamat**: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
**Waktu operasi**: Sabtu – Khamis = 12 tengahari hingga 10 malam.
**Telefon**: +6012-2060 326
Image via Instagram @kopimeo
Image via kamkammakan.blogspot.com
Image via Instagram @kopimeo
Image via Instagram @kopimeo
Image via Instagram @kopimeo
Image via Instagram @kopimeo
5. Brew&Bread
Brew&Bread merupakan salah satu kafe yang paling terkenal di kalangan penduduk di Kota Kemuning. Mereka sangat mengambil berat tentang kualiti kopi dan makanan yang dihasilkan. Kafe ini menyediakan menu makanan yang banyak berasaskan telur termasuk *Egg Benedict* dan *Mushroom Egg Omelette*. Suasana di sini agak selesa dengan berlatar belakangkan iringan muzik akustik yang sungguh menenangkan. Jangan lupa untuk layari [Facebook](https://www.facebook.com/Brew.n.Bread/timeline) Brew&Bread untuk info lanjut.
**Status**: Halal
**Alamat**: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, Selangor.
**Waktu operasi**: Jumaat – Rabu = 8 pagi hingga 7 malam. Tutup pada Khamis.
**Telefon**: +603-5131 5201
Image via Facebook Brew&Bread
Image via Facebook Brew&Bread
Image via Facebook Brew&Bread
Image via Facebook Brew&Bread
Image via www.chasingfooddreams.com
Image via theyumlist.blogspot.com
6. Holy Smoke Cafe
Holy Smoke Cafe adalah sebuah kafe kejiranan mesra yang mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan. Setiap pilihan menu disediakan dengan standard masakan yang tinggi dan ditawar pada harga yang berpatutan. Mereka percaya para pengunjung tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menikmati makanan yang baik. Seiring dengan namanya, kafe ini turut menyediakan shisha dan cigar. Reka bentuk dalaman dengan konsep retro moden pastinya memberi satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan. Layari [Instagram](https://instagram.com/holysmokecafe/) dan [Facebook](https://www.facebook.com/HolySmokeCafe/timeline) Holy Smoke Cafe.
**Status**: Halal
**Alamat**: 65 Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
**Waktu operasi**:
Dibuka setiap hari
Isnin – Khamis = 12 tengahari hingga 3 petang
Jumaat = 5.30 petang hingga 11 malam
Sabtu & Ahad = 3 petang hingga 11 malam
**Telefon**: +603-5511 8018
Image via www.mahamahu.com
Image via www.timeout.com
Kumpulan K-Pop, GOT7 turut merakam klip video mereka di hadapan Holy Smoke Cafe.
Image via moarpowah.com
Image via foursquare.com
Image via foursquare.com
Image via foursquare.com
Image via food.malaysiamostwanted.com
7. Bert's Cafe
Bert's Cafe adalah satu kafe menarik yang terletak di kawasan kejiranan U12, Shah Alam. Walaupun kafe yang dikendalikan oleh sebuah keluarga ini kecil molek dari segi saiz, tarikan atau *appeal* yang ada padanya jauh lebih besar. Dengan hiasan dalaman yang selesa, ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat beristirehat bersama keluarga dan rakan-rakan. Bert's mungkin satu kafe yang agak baru, tetapi aroma kopi dan hidangan makanannya pasti membuka selera sesiapa yang datang. Layari [Instagram](https://instagram.com/cafeberts/) dan [Facebook](https://www.facebook.com/cafeberts) Bert's Cafe.
**Status**: Halal
**Alamat**: 6, Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
**Waktu operasi**: Selasa – Ahad = 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup pada Selasa.
**Telefon**: +6017-2255 597
Image via Instagram @cafeberts
Image via Instagram @cafeberts
Image via Instagram @cafeberts
Image via Instagram @cafeberts
Image via Instagram @cafeberts
Image via Instagram @cafeberts
Image via Instagram @cafeberts
Image via Instagram @cafeberts
8. The Sumbs
Dimiliki oleh selebriti terkenal, **Dato' Fazley Yaakob**, The Sumbs menawarkan banyak kategori makanan seperti *Appetizer & Snack Delights, Pasta Delights, Sandwich Delights, Calzone, Western Delights, Local Delights* dan *Dessert Delights*. Terdapat juga **Sumbs Meal Hour**, iaitu hidangan makanan tempatan yang datang dengan minuman berkarbonat dari jam 12 tengahari hingga 3 petang, dan 6 petang hingga 9 malam. Layari [Instagram](https://instagram.com/thesumbscafe/) dan [Facebook](https://www.facebook.com/pages/the-Sumbs/642541582431696) The Sumbs.
**Status**: Halal
**Alamat**: Block 7 Persiaran Alami, Pusat Perniagaan Worldwide, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Malaysia.
**Waktu operasi**: Sabtu – Khamis = 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup pada Jumaat.
**Telefon**: +6017-2888 658
Image via Instagram @thesumbscafe
Image via Instagram @thesumbscafe
Image via Instagram @thesumbscafe
Image via Instagram @thesumbscafe
Image via Instagram @thesumbscafe
Image via Instagram @thesumbscafe
Image via yuyuroslan.blogspot.com
9. The Teapot Deli
Teapot Deli melahirkan suasana kampung kecil bertemakan *English* dengan gubahan bunga menghiasi dinding dan bau makanan yang dipanggang terapung-apung di udara. Cuba pai ayam mini mereka, atau *trifle* buah-buahan manis yang sangat lazat. Minuman yang disediakan termasuk pelbagai jenis teh, kopi dan jus.
**Status**: Halal
**Alamat**: Lot 2F-29, 2nd Floor, SACC Mall, 40000 Shah Alam, Selangor.
**Waktu operasi**:
Isnin – Khamis = 11 pagi hingga 9.30 malam
Jumaat – Ahad = 11 pagi hingga 10 malam
**Telefon** : +6019-277 3043
Image via www.foodspotting.com
Image via www.foodspotting.com
Image via www.foodspotting.com
Image via www.friedchillies.com
Image via nadot.my
Image via annysnabila.blogspot.com
Image via nadot.my
10. Small Gas Cafe
**[Facebook](https://www.facebook.com/pages/Small-Gas-Cafe/294321754081557?sk=timeline)** Small Gas Cafe
**Status**: Halal
**Alamat**: 1-2-1-, Jalan Setia Prima D u13/D, Setia Alam, Seksyen U 13, 40170 Shah Alam, Selangor.
**Waktu operasi**: Khamis – Selasa = 12 tengahari hingga 12 malam. Tutup pada Rabu.
**Telefon**: +6012-255 0025
Image via Facebook Small Gas Cafe
Image via Facebook Small Gas Cafe
Image via Facebook Small Gas Cafe
11. Sips & Bites Café
Salah satu kafe yang agak baru di kejiranan Kota Kemuning, Sips & Bites Café adalah perniagaan yang diuruskan sebuah keluarga. Dekorasi dalamannya dipenuhi dengan warna biru dan perak yang mempunyai sentuhan desa dan rumah sendiri, dari lukisan dinding sehinggalah ke meja kayu. Kafe ini ada menawarkan *all-day breakfast*, pasta, sandwich, dan wafel kepada pelanggan. Layari [Instagram](https://instagram.com/_sipsnbitescafe_/) Sips & Bites Café.
**Status**: Non-Halal
**Alamat**: 24-1, Sinaran 2, Jalan Anggerik Vanilla BE31/BE, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.
**Waktu operasi**:
Isnin – Jumaat = 8 pagi hingga 10 malam
Sabtu & Ahad = 9 pagi hingga 10 malam
**Telefon**: +6019-2711 309
Image via www.kindmeal.my
Image via www.kindmeal.my
Image via Facebook 赤木泉
Image via Facebook 赤木泉
Image via Facebook Irmond Hoo
Image via Facebook Niel Niel
