seismik

11 Kafe Moden “Mesti Kunjung” Yang Menjadi Kebanggaan Orang Shah Alam

Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai kafe hipster kini menjadi trend dikalangan warga kota. Bukan sahaja di PJ dan TTDI, kafe sebegini juga dilihat banyak "tumbuh" di Shah Alam. Di sini, kami di SAYS mengumpulkan kepada anda 11 kafe terbaik yang boleh anda kunjungi.

Cover image via www.vangohcreative.com

1. Foodsbury

Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh menikmati makanan barat klasik dan lazat seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti. Kepada penggemar pencuci mulut, boleh cuba menu best-seller mereka seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies dan kek cawan berwarna-warni. Layari Instagram dan Facebook Foodsbury.

Status: Halal

Alamat: Foodsbury Cafe @ Wisma Faizazrina 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam.
Telefon: +6013-386 1848

Kalau anda susah nak pergi ke kafe-kafe hipster kerana tiada transport, gunalah kupon MyTeksi ini yang hanya caj RM2 di antara Shah Alam!

2. Chemistry Café+Lab

Chemistry Café+Lab adalah kafe pertama yang menggunakan konsep makmal dalam kafe. Lebih menarik, kafe ini menggunakan peralatan makmal tulen untuk pelanggan bagi mengalami persekitaran makan dalam makmal. Selain itu, ia turut mempunyai reka bentuk dalaman yang disifat sebagai aneh. Khusus dalam kopi dan minuman, kafe ini juga menawarkan pelbagai jenis kek dan pastri yang menyelerakan. Layari Instagram dan Facebook Chemistry Café+Lab.

Status: Halal

Alamat: 26 Jalan Kristal J7/J Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia.
Waktu operasi:
Isnin - Khamis = 12 tengahari hingga 1 pagi
Jumaat = 3 petang hingga 1 pagi
Sabtu & Ahad = 10 pagi hingga 2 pagi
Telefon: +6017-6262 7979

3. Cake Jalan Tiung

Diusahakan oleh pasangan berkahwin Shafinaz dan Hidzat, bekas pegawai bank itu berkata, dia mula mengasah bakat dalam seni membuat kek sejak beberapa tahun yang lalu kerana suaminya sukakan manisan. Maka wujudlah Cake Jalan Tiung, sebuah cafe kek yang cantik dengan hiasan dalaman yang amat memikat. Hidangan kek yang dijual juga sangat enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan. Layari Instagram dan Facebook Cake Jalan Tiung.

Status: Halal

Alamat: 31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Rabu - Ahad = 12 tengahari hingga 8 malam. Tutup pada Isnin dan Selasa.
Telefon: +6012-9512 887

Tiung Drowning Affogato.

Image via Instagram @cakejalantiung

The signature: Chia Seed Pudding.

Image via Instagram @cakejalantiung

Custom ordered Merry Berry Dirah Spade.

Image via Instagram @cakejalantiung

4. Kopimeo

Pasangan berkahwin Meor dan Leena membuka kafe ini dengan satu visi iaitu menjadikannya salah satu kafe kontemporari paling digemari ramai dengan menyediakan hidangan lazat disertakan sentuhan klasik barat sambil mengekalkan ciri-ciri tempatan dalam setiap hidangan. Info lanjut sila ayari Instagram Kopimeo.

Status: Halal

Alamat: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Sabtu - Khamis = 12 tengahari hingga 10 malam.
Telefon: +6012-2060 326

Warm Banana Bread Pudding with Custard Sauce.

Image via Instagram @kopimeo

5. Brew&Bread

Brew&Bread merupakan salah satu kafe yang paling terkenal di kalangan penduduk di Kota Kemuning. Mereka sangat mengambil berat tentang kualiti kopi dan makanan yang dihasilkan. Kafe ini menyediakan menu makanan yang banyak berasaskan telur termasuk Egg Benedict dan Mushroom Egg Omelette. Suasana di sini agak selesa dengan berlatar belakangkan iringan muzik akustik yang sungguh menenangkan. Jangan lupa untuk layari Facebook Brew&Bread untuk info lanjut.

Status: Halal

Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Jumaat - Rabu = 8 pagi hingga 7 malam. Tutup pada Khamis.
Telefon: +603-5131 5201

6. Holy Smoke Cafe

Holy Smoke Cafe adalah sebuah kafe kejiranan mesra yang mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan. Setiap pilihan menu disediakan dengan standard masakan yang tinggi dan ditawar pada harga yang berpatutan. Mereka percaya para pengunjung tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menikmati makanan yang baik. Seiring dengan namanya, kafe ini turut menyediakan shisha dan cigar. Reka bentuk dalaman dengan konsep retro moden pastinya memberi satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan. Layari Instagram dan Facebook Holy Smoke Cafe.

Status: Halal

Alamat: 65 Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi:
Dibuka setiap hari
Isnin - Khamis = 12 tengahari hingga 3 petang
Jumaat = 5.30 petang hingga 11 malam
Sabtu & Ahad = 3 petang hingga 11 malam
Telefon: +603-5511 8018

Kumpulan K-Pop, GOT7 turut merakam klip video mereka di hadapan Holy Smoke Cafe.

Image via moarpowah.com
Image via www.timeout.com
Image via foursquare.com
Image via foursquare.com
Image via foursquare.com

7. Bert's Cafe

Bert's Cafe adalah satu kafe menarik yang terletak di kawasan kejiranan U12, Shah Alam. Walaupun kafe yang dikendalikan oleh sebuah keluarga ini kecil molek dari segi saiz, tarikan atau appeal yang ada padanya jauh lebih besar. Dengan hiasan dalaman yang selesa, ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat beristirehat bersama keluarga dan rakan-rakan. Bert's mungkin satu kafe yang agak baru, tetapi aroma kopi dan hidangan makanannya pasti membuka selera sesiapa yang datang. Layari Instagram dan Facebook Bert's Cafe.

Status: Halal

Alamat: 6, Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Selasa - Ahad = 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup pada Selasa.
Telefon: +6017-2255 597

8. The Sumbs

Dimiliki oleh selebriti terkenal, Dato' Fazley Yaakob, The Sumbs menawarkan banyak kategori makanan seperti Appetizer & Snack Delights, Pasta Delights, Sandwich Delights, Calzone, Western Delights, Local Delights dan Dessert Delights. Terdapat juga Sumbs Meal Hour, iaitu hidangan makanan tempatan yang datang dengan minuman berkarbonat dari jam 12 tengahari hingga 3 petang, dan 6 petang hingga 9 malam. Layari Instagram dan Facebook The Sumbs.

Status: Halal

Alamat: Block 7 Persiaran Alami, Pusat Perniagaan Worldwide, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Malaysia.
Waktu operasi: Sabtu - Khamis = 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup pada Jumaat.
Telefon: +6017-2888 658

9. The Teapot Deli

Teapot Deli melahirkan suasana kampung kecil bertemakan English dengan gubahan bunga menghiasi dinding dan bau makanan yang dipanggang terapung-apung di udara. Cuba pai ayam mini mereka, atau trifle buah-buahan manis yang sangat lazat. Minuman yang disediakan termasuk pelbagai jenis teh, kopi dan jus.

Status: Halal

Alamat: Lot 2F-29, 2nd Floor, SACC Mall, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi:
Isnin - Khamis = 11 pagi hingga 9.30 malam
Jumaat - Ahad = 11 pagi hingga 10 malam
Telefon : +6019-277 3043

Image via nadot.my
Image via nadot.my

10. Small Gas Cafe

Facebook Small Gas Cafe

Status: Halal

Alamat: 1-2-1-, Jalan Setia Prima D u13/D, Setia Alam, Seksyen U 13, 40170 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Khamis - Selasa = 12 tengahari hingga 12 malam. Tutup pada Rabu.
Telefon: +6012-255 0025

Bacon hotdog eggroll.

Image via Facebook Small Gas Cafe

The signature: hot oatmilk.

Image via Facebook Small Gas Cafe

Small Gas Drinks dan Waffle Burger.

Image via Facebook Small Gas Cafe

11. Sips & Bites Café

Salah satu kafe yang agak baru di kejiranan Kota Kemuning, Sips & Bites Café adalah perniagaan yang diuruskan sebuah keluarga. Dekorasi dalamannya dipenuhi dengan warna biru dan perak yang mempunyai sentuhan desa dan rumah sendiri, dari lukisan dinding sehinggalah ke meja kayu. Kafe ini ada menawarkan all-day breakfast, pasta, sandwich, dan wafel kepada pelanggan. Layari Instagram Sips & Bites Café.

Status: Non-Halal

Alamat: 24-1, Sinaran 2, Jalan Anggerik Vanilla BE31/BE, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi:
Isnin - Jumaat = 8 pagi hingga 10 malam
Sabtu & Ahad = 9 pagi hingga 10 malam
Telefon: +6019-2711 309

Image via www.kindmeal.my

Spaghetti goreng.

Image via www.kindmeal.my
Image via www.kindmeal.my

Bukan ini sahaja, kami ada banyak lagi untuk anda!

Anda peminat Nutella? Apa lagi, cubalah 7 resipi mudah ini:

Bagi penggemar makanan dan minuman pula, anda boleh teroka lagi segmen #SAYSMAKAN kami di sini!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: