Gadis 20 Tahun Maut Ditikam Bekas Tunang Kerana Cemburu
Motif jenayah dipercayai dilakukan akibat cemburu.
Cover image via therakyatpost.com[TERKINI] Bekas tunang Nursyafikah berdepan hukuman mati jika bersalah
Image via SAYS.com
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 26 Mei depan untuk sebutan semula kes.
15 April: "Impian kami untuk hidup telah dimusnahkan oleh pembunuhnya," luah tunang Nursyafikah
Fahmi, yang bekerja di sebuah kilang di Ulu Tiram melahirkan rasa sedih kerana hasrat dia dan tunangnya yang merancang akan berkahwin pada September tidak kesampaian
10 April: Seorang gadis meninggal dunia selepas ditikam di rusuk kiri dengan pisau oleh bekas tunangnya, di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Kluang, Johor pada Jumaat
Image via sinarharian.com.my
Kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa Nursyafikah telah bertunang dengan lelaki lain dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi
Ibu mangsa, Bedah Bontak mendedahkan lelaki itu yang dikenali sebagai Zam bersungguh-sungguh meminta maaf daripada anaknya dan sempat makan tengah hari di rumah mereka sebelum kejadian
Isa Abdul Samad (kanan) dan Bedah Bontak (kiri), bapa dan ibu kepada mangsa, Nursyafikah.
Image via mstar.com.my
Bedah tidak menyangka Zam, yang memutuskan tali pertunangan mereka berdua sebenarnya menyimpan dendam terhadap anaknya sehingga sanggup membunuh
Image via therakyatpost.com
Menurut sumber rasmi, nama suspek dikenalpasti sebagai Khalis atau nama panggilan "Ejam" yang dipercayai berasal dari Ulu Tiram. Suspek kini dalam buruan pihak polis.
Image via melvister.com
