Isu “Mak Nyah” Tuntut Hak Dan Perlindungan Sama Rata. Apa Respon Rakyat Malaysia?

Adakah nasib golongan transgender di negara ini akan terbela?

Enlarge text
Cover ImageCover image via themalaymailonline.com

Baru-Baru Ini, Golongan Transgender Atau "Mak Nyah" Di Negara Menuntut Kepada Pihak Mahkamah Untuk Diberikan Layanan Sama Rata Dengan Masyarakat Normal Dan Mahu Dibela Dari Sudut Undang-Undang

"Kami juga dicabul, jadi mangsa seks. Sebagai manusia kami juga ada hak asasi yang perlu dibela," demikian keluhan seorang lelaki transgender mengenai nasib golongan itu dalam masyarakat.

Selain itu, aktivis hak asasi transgender, Thilaga Sulathireh menuntut supaya majlis agama Islam negeri-negeri dan pihak berkuasa supaya tidak 'mengganggu' kehidupan mereka.

"Daripada pihak berkuasa sibuk merayu kes ini, kerajaan sepatutnya siasat keganasan terhadap komuniti transgender, banyak kes berlaku. Wujud keganasan melampau terhadap golongan ini bukan sahaja secara fizikal tapi emosi dan seksual," katanya.

Aktivis hak asasi transgender, Thilaga Sulathireh.

Image via null

Permintaan Ini Merupakan Kesinambungan Kepada Keputusan Mahkamah Rayuan Yang Memutuskan Lelaki Transgender Di Negara Ini Dibenarkan Untuk Berpakaian Wanita Pada 7 November Tahun Lalu

Sekumpulan aktivis transgender meraikan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 7 November 2014.

Image via null

Seperti Yang Dijangka, Isu Ini Sekali Lagi Mendapat Perhatian Hangat Dari Netizen Di Laman Sosial. Berdasarkan Tinjauan SAYS, Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Boleh Menerima Kewujudan Golongan Transgender Dalam Masyarakat.

Image via null

Ramai Yang Menganggap Permintaan Terbaru Daripada Golongan Transgender Ini Sebagai Melampau Dan Tidak Patut Dipertimbangkan. Malah Jika Dibiarkan, Golongan Ini Dikhuatiri Akan Menjadi Semakin Agresif Dalam Memperjuangkan Hak Asasi Mereka.

Image via null

Dalam Pada Itu, Isu Berkongsi Tandas Dengan Golongan Wanita Juga Dibangkitkan

Image via null

Menurut Netizen, Perkara Ini Tidak Sepatutnya Terjadi Di Sebuah Negara Islam Seperti Malaysia. Masing-Masing Menjadikan Negara Brunei Sebagai Contoh Yang Patut Diteladani Serta Memuji Sultan Brunei Yang Sentiasa Taat Kepada Perintah Allah.

Image via null

Disamping Itu, Ada Juga Yang Menyifatkan Tindakan Mencemuh, Menghina Dan Mengeji Golongan Transgender Ini Hanya Akan Mengeruhkan Lagi Keadaan. Sebaliknya, Lebih Elok Jika Orang Ramai Memberi Bimbingan Kepada Mereka.

Image via null

Isu Ini Turut Mendapat Perhatian Bekas "Mak Nyah", Mohd Khariri Mohamad Ramli Atau Lebih Dikenali Dengan Nama Cikgu Erin. Menurutnya, Perjuangan Hak Asasi Oleh Golongan Transgender Ini Hanyalah Sia-Sia Dan Takkan Kemana.

Mohd Khariri Mohamad Ramli atau Cikgu Erin.

Image via null

Beginilah rupa Khairiri sebagai seorang

Image via null

Sementara Itu, Imam Muda Asyraf Berkata Golongan Transgender Tidak Wajar Menjadikan Alasan "Naluri Kewanitaan Mereka Terperangkap Dalam Tubuh Badan Lelaki" Kerana Hukum Islam Mengenai Lelaki Dan Wanita Sangat Jelas

Imam Muda Asyraf.

Image via null

Apa Pula Pendapat Anda? Kongsikan Kepada SAYS Di Facebook Dan Twitter.

Lagi Artikel Mengenai Transgender Di SAYS: